POV1 (2017-2024) Kerana dia lebih tahu Hanya kerana lima puluh ribu, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir dicolek gara-gara hutang arwah ayahnya kepada ahlong tersebut. Namun siapa sangka, gara-gara lima puluh ribu juga Unierah menjadi budak suruhan kepada Haziq Huzaif saat dia mengetahui hutangnya dilangsaikan oleh lelaki itu. Mengikut semua kemahuan Haziq seperti malapetaka menimpanya. Lagi-lagi lelaki itu sejenis King Control. Satu hari Unierah tak bengang dengan Haziq memang tak sah. Macam nak smackdown je lelaki itu jika dia punya kekuatan. Tapi malang tak berbau, Unierah jatuh lagi di lembah kesedihan saat dirinya menjadi mangsa ahlong itu. Dan sekali lagi, orang yang sama juga menghulurkan bantuan kepadanya. "Aku nak kau jadi isteri aku Unierah." Haziq Huzaif Menjadi isteri Haziq bukan senang. 2×5 je perasaannya sewaktu dia masih bujang. Susah betul nak diajaknya bergurau. Bab-bab mengarah tu lagilah. Pro sungguh sampai Unierah imun dengan hari-hari mendengar perintah lelaki itu. Namun kerana sikap Haziq yang dingin, beku, aircond, dan dinding itu penyebab Unierah jatuh suka terhadap suaminya. Start:18 Mac 2020 End:26 Feb 2021