"Lelaki semua sama kan?" - Juliana Hassan Abdullah. Kerana kesilapan lelaki yang terdahulu, habis semua lelaki dilabel sama. Yang pergi surau, yang tak pergi surau, yang naik motor, yang naik kereta semua sama di mata Julia. "Kau try semua siapa suruh?" - Megat Amir Megat Ali membalas. Naik bosan dia dengar benda yang sama berulang kali. Lambat hantar assignment group, lambat datang kelas, semua dilabel "Lelaki semua sama". Hampir-hampir saja Megat mahu cekup mulut Julia dengan bibirnya sendiri. Biar dia tahu Megat tak sama. Megat lebih jahat. © Hak Cipta Terpelihara © All Rights Reserved Shahrin Ezzat, 2020