Bab 3 : Gaduh

434 22 23
                                    

Julia menunggu di kafe seperti yang dijanjikan. Bayang Amir masih lagi tidak kelihatan. Julia mengeluh. Jarang Amir lupakan dirinya. Jam sudah pun menunjukkan jam 6.00 petang. Gelas air di atas meja pun sudah menjadi tiga. Sampai kembung sudah perutnya mahu meneguk segelas lagi air. Julia menghantar teks mesej berkali-kali, tapi tidak berbalas. Malas dia nak call sebab Amir dah berpesan, jangan call. Tunggu sampai dia datang. Tapi ini dah lewat sejam dari yang dijanjikan, siapa boleh sabar ye dak?

"6.15 nanti aku call. Dah mati lemas agaknya si Amir ni..", bisik hati Julia keras. Bukan apa, Julia nak kejar waktu operasi kedai stationery itu. Risau tak sempat. Kerjanya banyak. Marker Yoken tu sangat penting buat masa ni. Amir masih tak muncul-muncul.

Mata Julia meliar sana-sini memerhati sekeliling. Tak ramai orang dah macam tadi. Keadaan dah semakin susut. Jam di tangan pun dah menunjukkan pukul 6.10 petang. "Ah, Amir ni shit la. Jaga kau.", kata Julia sendirian. Telefon pintarnya dikeluarkan, nama Amir tertera di skrin, lalu butang call ditekan.

Tut.. tut..
Tut.. tut..
Tut.. "Hello?", suara Amir kedengaran di hujung talian.

"Weh babi kau dekat mana celaka? Kau lupa ke kau ada janji dengan aku?", jerkah Julia memaki hamun tanpa memberi salam. Pada Julia memberi salam tak wajib. Yang wajib maki dulu kawan-kawan bangsat ni. Lagi pula, kalau diberi salam dahulu, makian dah tak indah. Takkanlah Julia nak memulakan makiannya dengan ayat sebegini, "Assalamualaikum awak. Awak ni babi betul ye?"

Jadi funny makiannya tu nanti.

"Eh? Sekarang pukul berapa?", soal Amir semula kepada Julia. Barangkali dia sendiri dah leka bermain air dan berenang, sampai terlupa janjinya bersama Julia. Kelam kabut Amir mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg sambil menuju ke parking kereta. "Takyah Mir, takyah. Aku cari bas je la. Susahkan kau je kan.", Julia membalas tenang. Nak dimarah, tapi ayatnya harus disusun dengan baik. Kita orang perempuan kena chill ye dak? Nak maki, marah, rilek sambil selit rambut celah telinga. Barulah lelaki goyah ye dak?

"Jangan gitu. Aku busy tadi. Jap lagi aku sampai la. Rileks la.", balas Amir yang masih menangkan dirinya. Julia menarik nafas dalam-dalam, dan terus berkata, "Aku rilek la ni brader wei. Kan kau janji pukul 5, sekarang dah 6.15. Aku tak cukup rilek lagi ke? Aku sent text dari pukul 3, Mir aku kat sini, pukul 4, Mir jangan lupa amik aku. Pukul 6 baru aku call. Tak cukup rilek lagi ke ni? Tak cukup tenang ke?"

Amir terdiam di hujung talian. Hanya kedengaran bunyi enjin keretanya dihidupkan. "Serius Mir, takyah. Aku dah naik bas. Kau rileks la.", balas Julia dan terus mematikan talian. Lepas sahaja panggilan itu dimatikan, Julia tersedar.

Dia mana reti naik bas.

***

"Naik sekarang. Naik bas konon. Macam la aku taktau kau mana reti naik bas!", Amir tiba di kafe tersebut. Seperti yang dia jangka, Julia masih ada di sana. Kiamat la dunia ni kalau Julia naik bas. Baru naik bas Rapid kepala dah mabuk. Belum lagi kalau naik bas ekspress balik kampung. Turun-turun je dah meninggal agaknya.

Julia mencebik. Bengang kerana kalah dengan Amir agaknya. Pintu penumpang di belakang di buka. Julia meletakkan begnya di belakang, dan kemudian masuk dan duduk di bahagian hadapan. "Babi kau la Mir. Babi.", selamba zikir kotor itu diucap. Mungkin Julia malu agaknya. Merajuk kononnya, kemudian tak dilayan rajuknya. Amir pula datang juga ambil walaupun Julia dah marah-marah.

"Jom pergi stationery. Aku sibuk la tadi Ju. Kau pun kena faham. Aku okey je faham kau kan. Kita ni bukan setakat bercinta  je tau kena memahami. Berkawan pun kita kena memahami. Barulah kita boleh kawan lama.", Amir membuka ceramah petangnya. Biasanya begitulah. Bila ada masa dia dan Julia salah faham, Amir lebih cenderung untuk berceramah. Lazimnya begitulah. Julia kerap membuat hal. Biasalah perempuan jarang bawa otak kan?

"Kita ni Ju, kalau jadi laki bini la, aku rasa mau roboh dinding rumah kita. Asal gaduh je, maki. Asal gaduh je, maki. Kau tu perempuan Ju. Mulut tu jaga. Nasib baik la yang dimaki tu aku. Aku jenis diam je. Kalau laki lain, kena tampar agaknya. Dah, dah la tu maki orang Ju. Tak manis. Awak tu perempuan. Mulut tu guna untuk blowjob.", Amir memarahi Julia dengan lembut. Sebenarnya lama dah dia nak cakap benda ni. Julia ni mulut jenis lepas. Nasib baiklah Amir jenis sabar. Kalau kena lelaki lain, mau calar balar ego kalau dimaki Julia ni.

Julia tersentak dengan perkataan blowjob itu. Rasa marahnya membuak-buak. Wajah Amir dipandang ketat. Amir pula semakin perlahan suaranya, namun masih belum berhenti membebel.

"Asal kau diam? Tadi dalam phone macam hero sangat. Ju, Ju.. letih aku nak melayan kau ni kadang-kadang.", balas Amir perlahan. Suaranya makin mengendur. Julia hanya memerhatikan manusia di luar tingkap. Sebenarnya, ada benda yang Amir tak pernah tahu. Kenapa Julia berkasar dengan lelaki. Kenapa Julia tak pernah cakap baik-baik dengan lelaki. Bila dimarahi sebegitu, Julia terimbau kembali kenangan 4 tahun lepas sebelum dia mengenali Amir.

***

Dulu Julia pernah bercinta dengan seorang lelaki. Namanya Daus. Orangnya nampak simple di mata Julia. Tak pernah berkasar, tak tinggi suara. Itulah pertama kali Julia jatuh cinta sebenar-benarnya. Hatinya terpaut, diikat mati. Sampaikan yang salah pun boleh jadi betul.

Tapi benarlah kata orang tua-tua, bercinta biarlah berakal. Satu malam, Julia dibawa ke sebuah tempat sunyi. Kereta Daus diletakkan di bawah sebuah pokok. Lampu dan enjin dimatikan. "Awak sayang saya?", soal Daus. Julia mengangguk, namun selepas dia menyedari anggukannya tidak dapat dilihat, dia menjawab, "Ye saya sayang awak. Tapi kita buat apa dekat sini. Saya takut la. Jom la balik."

Daus menarik tangan Julia dan meletakkan di celah kangkangnya. "Saya tau awak tak pernah ada experience macam ni, tapi biasanya orang bercinta memang akan belajar buat benda ni.", Daus cuba memberi helah kepada Julia. Serta merta Julia menarik tangannya dan terus mencuba untuk membuka pintu. Daus bengang. Nafsunya tak dilayan. Daus terus menarik tangan Julia dan diikat dengan tali seatbelt. Julia menjerit. Namun suaranya tenggelam kerana disumbat dengan zakar Daus.

***

"Woi Ju? Dah sampai ni. Kau nak turun ke tidak?", Amir menggoyang-goyangkan badan Julia yang sedari tadi hanya memandang sepi tingkap keretanya itu. Suara esak Julia kedengaran. Semakin lama, ia semakin kuat. Julia menangis. Airmatanya menitik laju. Kenangan buruk itu kembali menerawang di dalam kepalanya. Amir panik. Pertama kali dia marah Julia, sampai menangis ni, fikirnya. 

"Kau kenapa Ju?", soal Amir yang panik dengan sikap Julia.

Merah-merah mata Julia memandang Amir, sambil berkata, "Lelaki semua sama."

JuliaWhere stories live. Discover now