MUHD NAZMIRUL seorang pelajar mesra dipanggil Mirul berumur 15 tahun yang telah kehilangan kedua ibubapanya juga abang tersayang. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana mula akan kisah hidupnya menjadi seorang anak kepada gurunya sendiri. Perwatakannya yang lemah lembut, sopan dan manja telah menarik ramai orang untuk menyayanginya tidak kira lelaki mahupun perempuan. MUHD MIKHAIL PUTRA seorang guru berumur 34 tahun lahir daripada keluarga yang berada. Minatnya kepada bidang pendidikan menyebabkan ia menemui kekasih hatinya semasa di universiti. Kesetiaannya dikhinati apabila perempuan tersebut curang di rumahnya sendiri. Peristiwa hitam itu membuatkan perwatakannya berubah menjadi seorang yang tegas, garang dan panas baran kepada sesiapa pun. Keduanya dipertemukan secara tidak sengaja apabila Mirul diberi arahan untuk membawa Mikhail pergi ke kuarters kediaman yang akan menjadi saksi dimana mereka berdua saling mengenali hati budi masing-masing. Dikala keduanya mula bersama, masalah mula timbul dimana bekas kekasih Mikhail kembali mendambakan cintanya semula, terdapatnya orang ketiga dalam perhubungan mereka, hasutan yang membawa kepada kehancuran hati yang tersayang. Jadi mampukah mereka bertahan? Mikha dan Mirul akan tetap bersama? Dan sapa yang akan muncul di akhir?
27 parts