Tekan link di bio untuk pembelian E-book Bertemu tanpa disangka. Siapa sangka pertemuan mereka hanya beberapa kali terus menerbitkan bibit-bibit cinta dihati masing-masing. Namun begitu, seorang dengan sikap teruja dan beria. Seorang lagi masih beku dan masih ragu-ragu untuk mengungkapkan cinta. Tidak mahu membuang masa dan ternanti-nanti, Warda Zahirah mula bertindak pantas. Biar dirinya digelar 'perigi mencari timba' dia tidak heran. Kerana hatinya sudah terpaut pada lelaki itu! "Cik Warda, awak tak malu ke mengaku saya ni teman lelaki awak?" - Waiz Kamal. "Tak. Sebab awak memang teman lelaki saya. Kalau tak, kenapa setiap kali saya ajak awak keluar awak mesti setuju. So, awak memang teman lelaki saya, Encik Waiz, sayang." - Warda Zahirah. Dalam keraguan, sedikit demi sedikit rasa itu mula berkurangan. Waiz Kamal mula berani mengungkapkan rasa cinta. Saat hubungan mereka melangkah ke alam pertunangan, mereka mula diuji. Peristiwa silam Waiz Kamal kembali menghantuinya. Warda Zahirah menjadi mangsa atas perbuatannya. Demi kebaikan cinta hati, Waiz Kamal rela melepaskan gadis itu pergi. Namun tidak pada Warda Zahirah. Dia akan tetap menunggu lelaki itu! Tetap!
18 parts