✨ SAMBUNGAN CERITA AMORE ✨ Selepas break-up dengan Noel, Carlene jadi anti dan was-was dengan mana-mana lelaki yang cuba untuk mendekati dia. Perbuatan Noel sama seperti Judson. Curang! Memang spesis dorang ni nda pandai cukup 1 kah? Betul lah cakap orang, lamanya hubungan kamu nda akan mengukur kesetiaan tu orang. Kalau dia mau curang, dia akan tetap buat even kau sudah buat yang sebaik-baiknya untuk dia. 2 tahun yang sia-sia sa buang masa untuk menaruh harapan dengan orang yang salah. 2 kali gagal dalam hubungan betul-betul membuatkan dia takut untuk buka hati lagi. Di sebabkan itu, dia mula bersikap dingin dan tidak membiarkan mana-mana lelaki jatuh hati padanya. Tapi...... kehadiran Mark membuatkan dia sekali lagi gagal dalam mempertahankan pendiriannya. Dia gagal pertahankan dinding dingin hatinya, perlahan-lahan cair. Namun, luka macam apalagi ka lepas ni?