Pernikahan aturan keluarga? Sangat lapuk! Tersangatlah lapuk. Tetapi apa yang mampu dilakukan Fariha Marissa apabila itulah jenis pernikahan yang dihadapinya. Nikah bersama lelaki yang tidak pernah wujud dalam hidupnya memang tiada dalam rancangannya. Segala angan dan cita-cita terkubur begitu sahaja. Tanpa risikan dan pertunangan, tali perkahwinan diikat. Namun, hidup bersama lelaki yang tidak dikenalinya bukan senang sementelah lelaki itu mempunyai wanita lain yang menjadi pujaan. Segala perbuatan, perlakuan, percakapan manis Am Nazril bersama kekasihnya terpaksa Fariha butakan mata dan pekakkan telinga. " Kau jangan harap aku nak layan kau macam pasangan suami isteri yang lain. Dan, jangan jatuh cinta dengan aku." - Am Nazril " Kau ingat kau Chris Evans sampai aku nak jatuh cinta bagai?" - Fariha Marissa Tetapi, jangan ingat Fariha hanya melihat dan mendengar dengan rela segala dosa yang dilakukan oleh suaminya bersama kekasih gelap lelaki itu. Setiap kata perlian, hinaan dan makian yang dilempar oleh Muyassarah Ayna dibalas dua kali ganda lebih pedas. " Sedarlah diri tu perampas! Jangan nak berlagak macam Am tu milik kau." - Muyassarah Ayna " Sedarlah diri tu perempuan simpanan, jangan nak berlagak macam isteri sah." - Fariha Marissa Semakin hari, semakin memberat masalah rumah tangga Am dan Fariha. Ada saja gangguan dan masalah yang menimpa. Mereka merasakan tiada cara lain yang boleh menyelesaikan masalah mereka selain penceraian. Ada hati yang sudah kalah, ada hati yang sudah mengalah, ada hati yang sudah penat, ada hati yang sudah menyesal. Apabila semuanya terbongkar, segalanya sudahpun terlambat. Peluang sudah pun tamat tempoh. Hati yang tersakiti tidak mungkin kembali lagi. Sinar bahagia sudah berubah malap. Kasih yang didamba tidak akan dapat dikecapi. Namun, segalanya terletak ditanganNya. Percayalah pada kalimah 'Kun Fayakun'. mula : 21 Oktober 2022 tamat : -