Ebook Coming Soon - Februari 2023 BLURB KSKL Pernah tak dengar kisah seorang perempuan kaya yang sukakan seorang pengemis? Pelik, bukan? Tetapi, kenyataan itu tidak pelik bagi seorang wanita yang bekerjaya bernama CINTA ADRIANA. Disebabkan sudah biasa dikenenkan dengan lelaki kaya yang lain untuk dijadikan teman hidup, Cinta mula bosan dengan tradisi tersebut. Tambahan pula, Cinta sudah tawar hati dengan tunangnya sendiri yang bernama RIZAL. Sikap RIZAL yang pervert membuatkan dirinya terseksa hari demi hari. Satu insiden menemukan dirinya dengan seorang pengemis di hadapan pejabatnya sendiri. Fikir dia, pengemis itu yang meragut beg tangannya. Sebaliknya, dia pula yang mendapat malu. ""Woi, pencuri! Berhenti sekarang! Kalau kau nak duit, kau cakap je dengan aku. Aku boleh sign cek untuk kau. Beg aku tu, pulangkan balik!" - CINTA ADRIANA "Bukan sayalah yang curi beg awak. Tu, mamat depan tu!" - ARJUNA Disebabkan mahu mahu membalas jasa, CINTA sanggup menunggu kelibat lelaki itu muncul di depan pejabatnya setiap petang. Akhirnya, dia bertemu semula dengan lelaki itu setelah beberapa hari menunggu. Bukan sekali, tetapi berkali-kali mereka ditemukan. Daripada niat ingin membalas pertolongan, siapa sangka akhirnya hatinya juga terpaut sekali dengan keperibadian seorang ARJUNA. Perasaan itu terus dikhabarkan kepada rakan baiknya, DAHLIA. "He's so pretty, you know! I can't get him out of my head. Oh My Gosh..." - CINTA ADRIANA "What? Kau ni biar betul?!!!" - DAHLIA RIZAL Maka bermulalah misi seorang CINTA ADRIANA untuk menawan hati seorang pengemis untuk dijadikan teman hidupnya. Semestinya ia bukan satu perkara yang mudah untuknya. Adakah misi seorang wanita kaya untuk menawan seorang hati pengemis, bakal menjadi kenyataan? Atau ia hanya satu dongeng semata?