BAB 3

56 13 0
                                    

L

PUKUL SEMBILAN lebih, barulah akhirnya aku sampai ke pejabat. Terima kasih untuk abang Jebat sebab tolong tengokkan kereta aku. Kalau tak, entah-entah belum masuk pejabat lagi sekarang ini.

Melangkah masuk ke pejabat, semua mata-mata pelik memandang.

Yalah, aku jarang sangat-sangat masuk ofis lewat. Semua mesti nak selidik dan ambil tahu. Alah, buat modal mengopi dekat pantri.

Bukan aku tak tahu sangat perangai staf dalam ofis ni.

Tapi aku malas nak menegur atau apa, sekadar berjalan menonong terus masuk ke bilik pejabat. Pengurus peribadi aku di pejabat terus sahaja mengetuk dan masuk.

“Emily, bagi I laporan mesyuarat pagi tadi.”

“Miss nak sekarang?”

“Yes.”

“Alright.”

Emily sudah aku beritahu untuk gantikan aku dalam bilik mesyuarat pagi tadi. Aku memang tak ada perkara penting untuk dilaporkan dalam mesyuarat, cuma keberadaan aku sajalah yang diperlukan. Tapi nak buat macam mana, Si Mini tu buat keputusan nak sakitkan kepala pagi-pagi hari. Haru sungguh!

Belum pun tertutup rapat pintu bilik setelah Emily berlalu, susuk badan Rizal menerobos masuk. Tanpa salam dan tanpa ucapan hai, terus sahaja lelaki itu melabuhkan duduk di depan meja aku. Muka pula kelat sahaja. Terkejut lagilah tu kena carut tadi.

“You ni kenapa? You okey ke tak?” soal Rizal.

Aku sandarkan badan ke kerusi. Gaya malas-malas. “Okey aje.” Pendek aku jawab.

“Habis tu kenapa nak marah-marah I pagi tadi?”

Aku pula yang buat muka tak percaya. Kadang-kadang aku rasa Si Rizal sengaja buat clueless. Berlagak inncocent, tak tahu apa-apa. Tapi kadang-kadang pulak aku rasa dia ni memang betul-betul lembab nak faham. Entahlah, sakit hati pulak aku dengan malaun ni!

“Pandai-pandailah you fikir sendiri.”

“Sayang, you janganlah macam ni...”

“Rizal!” Tinggi sedikit suara aku. “Berapa kali I nak bagi tahu I tak nak you panggil I macam tu. Kita belum rasmi jadi suami isterilah. Tolonglah... I tak suka.”

“Tak suka you cakap. Selama ni okey je.”

“Selama ni tu bila? I dah banyak kali bagi tahu, kan? You aje yang buat-buat pekak!” sembur aku lagi, terus-terang.

“Ah, dahlah. Tak guna nak gaduh benda mengarut macam ni. I dah bagi tahu apa I rasa. You pandai-pandailah fikir sendiri. Kalau you tak ada air muka, fikir pasal air muka parents kita.”

“Cinta, stop there.”

“I will stop everywhere, Rizal. We’re done!” Nah, itu yang sepatutnya daripada dulu aku sembur atas muka dia.

“No! We are not!” Tergeleng-geleng kepala Rizal, menafi.

Ah, peduli apa aku. Malas nak tambah kusut lagi dah. “Keluarlah Rizal, I ada banyak kerja nak kena buat ni.”

“Kita kena bincang benda ni dulu, Cinta.”

“Kalau you tak sedarlah, kita ni dekat ofis tau sekarang. Tolong profesional sikit. Benda macam ni pun dah berbuih dah mulut I bagi tahu you. Satu pun you tak ambil peduli. Ikut suka kepala you je. Dah, pergi buat kerja.”

Kalau dah namanya malaun, manalah dia nak senang-senang terima dan faham apa aku cakap. Rizal tunjuk muka kesian pula.

“Cinta. I know perkahwinan kita ni, famili yang rancang. Tapi I nak you tahu, I betul-betul sukakan you. Trust me, I like you.”

“Stop, stop, stop, Rizal!”

“No! I betul-betul suka you, Cinta.”

“Ish, tak malu ke nak bergaduh macam ni dekat pejabat, hah? Buat malu ajelah. Pergilah buat kerja sana, Rizal.”

“I nak selesaikan masalah kita ni sekarang!”

Aku mendengus keras. Sebal! “Tak ada yang nak diselesaikan, Rizal! It’s over! Habis! I dah malas nak fikir lagi dah!”

Rizal menolak dengan wajah kelat. Tapi aku julingkan mata tanda rimas yang teramat sangat.

“Kita tak akan kahwin. Tak akan! Itu yang you nak dengar, kan?”

“Cinta....”

“Sudahlah, Rizal. You dah tak payah pura-pura lagi dah. I dah faham sangat semua lakonan you tu. Sikap you semua, I dah masak!”

Rizal bangun berdiri. Gaya tak senang duduk lelaki itu bergerak ke kiri dan kanan. Sakit kepala la tu, konon.

“Fikirlah apa yang perasaan daddy dengan umi you, Cinta. Mesti dia orang kecewa sangat-sangat. Keputusan ni bukan terletak dekat tangan you. Our parents has decided everything. Planned everything! Mana boleh kita nak buat macam ni. Tak boleh!”

Aku buat-buat tak dengar. Malas nak ambil dan proses segala apa yang diucap Rizal. Biar dia bercakap seorang diri. Bila tak dilayan nanti, berambuslah tu.

“Cinta...” sahut Rizal. “Cinta, you faham, kan I cakap ni?”

Aku masih buat-buat tak dengar. Mata aku fokuskan kepada satu fail di atas meja.

“Cinta...” Tak aku sedar, tiba-tiba sahaja Rizal berjalan ke meja aku dan menarik tangan aku.

“Rizal!!” Jerit aku agak kuat. Berani sungguh malaun ni.

“I promise you I will make you happy. Believe me, Cinta.”

“Stop it!” Keras aku rentap kembali tangan aku. “Tak faham betul kau ni, kan? Memang tak reti nak hormat aku ke? Nak janji buat aku happy? Benda simple macam ni pun kau tak boleh nak faham. Langsung tak boleh nak respect permintaan aku. Ada hati nak berjanji bulan bintang?”

Muka Rizal termangu macam orang bodoh.

“Kau dengar sini, Rizal.” Jari telunjuk aku naik menghunus ke batang hidung dia. “Mulai dari sekarang, aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau. Segala benda yang parents kita dah decide, tamat dekat sini. Dan tolong sedar diri, aku tak ada hati sikit pun dekat kau. Selama ni aku hanya hormatkan our parents aje.”

“Cinta...”

“Kalau kau rasa masih nak pegang position kau dalam company ni, tolong jaga tingkah laku kau tu. Jangan sampai aku buat repot kau buat harassment dekat aku, Rizal. You certainly don’t want that, do you?”

“Cinta, kenapa you macam ni, ni? Apa yang tak kena?”

“Kau yang tak kena, Rizal! Kau! Now, get out!” Kuat aku sembur suara tinggi aku dekat muka dia. Terkesan kuat sampai monyok habis muka Rizal.

Padan muka tu. Biar tahu batas dan hormat sikit.

Perlahan-lahan Rizal berpusing dan bergerak menjauhi aku. Nafas aku hembus penuh berat. Terasa menekan-nekan dada. Intense lain macam pagi-pagi!

“I will talk to our parent. And I will talk to you later.”

“No need. Aku malas nak bincang apa-apa.”

“Still, I’ll let you calm down first. Kita bincang baik-baik once you’re in the right mind.”

Ternganga mulut aku dengan ucapan tersebut.

‘In the right mind’

Kepala otak kau. Dia ingat aku mereng ke pagi-pagi ni? Cakap elok-elok sikit, ya.

Kasut Stiletto Kemeja LusuhWhere stories live. Discover now