HAMPIR sejam lebih membelek fail-fail yang berada di atas meja, akhirnya aku mengeluh dan menggeliat penat. Tiba-tiba terlupa yang aku tak sempat nak beli kopi sebelum masuk ofis tadi. Yalah, kalut dan lewat katakan.
Beberapa minit berdiam diri, aku buat keputusan untuk minum instant coffee sahaja. Rasanya dah lama aku tak guna muk cantik aku dekat pantri sana tu.
Rindu masa mula-mula kerja dulu. Sewaktu Dahlia kerja jadi PA aku. Hari-hari melepak di pantri macam tak ada kerja. Suka sangat curi tulang. Huhu...
Tapi itu dululah. Sekarang tak lagi. Dahlia pun dah tak ada, jadi aku jarang sangatlah ke pantri. Sekali-sekali sahaja sewaktu terlupa nak beli kopi sebelum masuk ofis.
Ketika keluar menuju pantri, Emily menegur.
“Miss nak kopi ke. Saya boleh tolong buatkan.”
“It’s okay, thanks. I nak buat pergi buat sendiri.”
Sampai ke pantri, aku lihat ada dua orang staf yang sedang duduk di meja. Setahu aku, seorang staf baru. Seorang lagi Nurul. Aku kenal semua staf yang tak ramai mana dalam pejabat ni.
“Hi, miss,” tegur staf baru.
Aku tersenyum sahaja sambil bergerak ke kabinet pantri.
“Korang minum aje ke? Tak ada biskut or anything?”
“Oh, biskut dalam tin dah habis.” Nurul menjawab.
“Ya ke? Hmmm, nanti suruh sesiapa yang handle top up, okey?”
Ketika aku sedang ralit mengacau kopi aku, tiba-tiba kedengaran bunyi tegang suara Nurul. Laju aku berpaling ke belakang.
“What the heck, Emily. Bagi balik phone aku.”
Aku tengok Emily bersungguh-sungguh menghalang Nurul daripada mendapatkan balik telefon bimbit yang dikatakan miliknya.
“Eh, eh apa hal ni? Kenapa ni? Emily, what’s wrong?” Aku menyoal meminta penjelasan. Kenapa tiba-tiba si Emily nak ambil handphone orang pulak ni?
“Baik kau mengaku apa yang kau tengah buat dulu dekat Miss Cinta.”
Eh? Aku termangu sendiri. Apa yang Emily cakap ni? Apa benda yang Nurul buat sampai Emily jadi tegas semacam ni?
“Bagilah balik phone aku!” Nurul masih berkeras nak dapatkan telefon bimbitnya.
“Mengaku! Kalau tak, jangan harap aku nak bagi.”
“Emily, apa hal ni?” Aku sudah tinggalkan muk cantik aku. Terpaksa menjadi orang tengah antara Nurul dan Emily.
“Nurul?” Aku berpaling kepada Nurul pula, meminta penjelasan.
“Cuba Miss tengok ni.” Emily mula membelek telefon bimbit Nurul. Aku pula terpaksa berdiam diri menanti apa yang cuba ditunjukkan.
“Stop it, Emily!” Tegas suara Nurul menghalang.
“Biarlah. Biar Miss Cinta kenal perangai tak patut kau orang semua!”
Aku nampak muka Nurul berubah pucat. Eh? Takut sangat kenapa ni? Aku pandang ke arah staf baru pun, muka nampak agak runsing. Apa kaitan sebenarnya ni?
“See! Aku tahu sangat perangai korang semua ni...” Emily mengucap kata, menarik perhatian aku.
“Miss tengok. Gambar miss dalam group WhatsApp kaki membawang. Si Nurul yang tukang hantar.”
Group membawang? Dia orang ni membawang siap ada group WhatsApp? Amboi, amboi, amboi. Perangai mengalahkan mami jarum. Tiba-tiba terasa panas telinga aku.
YOU ARE READING
Kasut Stiletto Kemeja Lusuh
Storie d'amoreEbook Coming Soon - Februari 2023 BLURB KSKL Pernah tak dengar kisah seorang perempuan kaya yang sukakan seorang pengemis? Pelik, bukan? Tetapi, kenyataan itu tidak pelik bagi seorang wanita yang bekerjaya bernama CINTA ADRIANA. Disebabkan sudah bi...