Bumi kenyalang yang kutinggali, aku terus hidup ingin membahagiakan bungaku. Ya, ibu. Meski begitu, ada sesuatu yang menimpaku buat aku terus memikirkannya. Hidupku yang biasa-biasa sahaja, ada dia. Dia yang suka mengganggu ketenteramanku. ❝ Kenji, kenapa bukan saya? ❞ Jika kau mendengar jawapannya, apa kau bakal tidak terluka? Aku tidak mahu membalas, kerana kedengaran menyakitkan. Hati kau terlalu rapuh jika mendengarnya.