3 🌸 mesej

40 7 12
                                    

3 🌸 mesej

3 🌸 mesej

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ 🌸 ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ 🌸 ]

"HARI ni cikgu nak kamu buat pasangan dua orang. Bebas memilih. Pilih sekarang."

Semua murid bergerak mencari pasangan. Aku yang memikirkan kata-kata cikgu tadi, tidak sengaja menelan liur. Pasangan? Apa ada yang mahu berpasangan denganku?

Aku melihat kiri kanan, sesetengah mereka sudah mendapatkan pasangan. Ada tiga murid perempuan yang belum mendapatkan pasangan. Bilangan murid ini genap namun murid perempuan ialah ganjil.

Tidak akanlah aku mahu pasangan dengan perempuan? Aku segan. Aku tak tahu cara bergaul dengan kaum hawa selain ibuku, dan seumur hidupku tidak pernah aku berniat ingin berkawan dengan perempuan. Bagiku, lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan.

"Kenji, kau belum ada pasangan, kan? Jadi pasangan aku."

"Asahi?"

Dia... penyelamatku? Ya Allah, aku benar-benar berterima kasih. Laju aku menganggukkan kepala buat Asahi tersengih suka melihatku. Meski aku tidak berapa rapat dengan Asahi, tetapi Asahi sepertinya baik.

Dia yang menegurku dahulu. Lelaki yang berhati baik dan suka berkawan sepertinya, aku cemburu dengan Asahi.

Aku mengaguminya, itu cemburuku.

"Nak bertukar nombor telefon?" soal Asahi.

Terangkat keningku. Lambat-lambat aku angguk kepala. Akhirnya kami berdua bertukar nombor telefon. Aku menulis nombor telefon atas sticky note yang dihulurkan Asahi.

"Tapi aku guna phone ibu aku, tak apa ke?" Aku bertanya ragu-ragu. Sebenarnya aku tiada telefon.

Telefon mahal.

Asahi hanya tersenyum tipis. Dia menggelengkan kepala tanda tidak kisah.

"Tak apa, Kenji! Mana-mana phone asalkan dapat buat kita berhubung, heheh," katanya manis. Aku memegang telingaku yang memerah mendengar bicaranya.

Selalunya kalau aku kata guna telefon ibu, pasti mereka mengejekku kerana tiada telefon. Tetapi Asahi tidak, dia menerimanya dengan senang hati.

Sebenarnya seberapa baik hati Asahi?

[ 🌸 ]

AKU menggosok rambut hitam basahku menggunakan tuala, baru sahaja habis mandi. Sempat aku meneliti rambutku di pantulan cermin, di mana seharusnya aku memotong? Aku tidak pandai memotong rambut.

Sulit.

"Kenji! Ada mesej untuk kamu!" Mesej?

Suara ibu yang menjerit aku datangi. Tuala aku lilitkan pada belakang tengkuk, mendekati ibu. Huluran telefon disambutku.

"Kenji dah dapat kawan baru? Siapa dia?" soal ibu yang suka melihatnya.

Kawan. Aku mengemam bibir, sebenarnya apa aku boleh mengakui Asahi sebagai kawanku? Wajah malu-maluku ditatap ibu, tidak lama itu ibu mengukir sengihan suka. Aku mengaduh sakit saat ibu menampar bahuku.

"Ibu dah agak mesti ada yang nak kawan dengan anak ibu." Suara ibu kedengaran indah di telingaku. Aku perlahan-lahan mengukir senyuman.

Ah, aku ingin buat ibu bahagia lagi dan lagi. Sempat hidungku dicuit seperti anak kecil, ibu hanya tertawa suka.

"Ibu nak memasak dulu. Kenji kena berkawan yang baik, okey?" pesan ibu buat aku mengangguk kecil.

Ibu yang mula bergerak ke dapur dilihatku. Kemudian aku duduk atas sofa seraya memandang telefon semula. Nombor yang tidak dikenali, namun aku tahu dia merupakan Asahi kerana profile picture.

Mesej yang dikirim Asahi, aku baca.

Hai, Kenji! Ni Asahi. Kau free tak weekend ni?

Papan kekunci aku tekan.

Free

Tak apa ke dry text macam ni? Aduh, susahnya. Aku gugup. Ini pertama kali aku mesej dengan kawan, kerana itulah aku ingin melakukannya dengan baik.

Kau boleh datang rumah aku? Aku nak bincang tentang kerja pasangan kita. Minta izin ibu kau dulu, heheh

"Ibu! Boleh tak aku pergi rumah kawan?" Laju aku bertanya saat mendapat balasan Asahi.

Kerana kerterujaanku, wajahku automatik memerah. Apa suaraku terlalu lantang mengatakannya? Ibu berhenti memotong sayur saat mendengarnya, kedengaran tawa kecil ibu.

"Jangan balik lambat." Yes!

"Sayang ibu!"

Bagaimana aku ingin gambarkan perasaan aku sekarang? Berbunga-bunga kerana kawanku mengajak datang ke rumah. Apa kami akan bermain bersama? Menonton televisyen dan bermain game bersama? Aku sudah membayangkannya.

Ah, ingat Kenji! Ini cuma kerja pasangan. Jangan berlebihan.

Ibu aku bagi

Baiklah!

Tersenyum-senyum aku.

Finished on Friday, 28 June 2024Published on Thursday, 4 July 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Finished on Friday, 28 June 2024
Published on Thursday, 4 July 2024

607 words

LELAKI TAK KIRIM FLOWERWhere stories live. Discover now