TUAH SYAF ADDEN ❣️ CINTA SOFIA Teman sepermainan sewaktu kecil. Dimana dia seorang sahaja yang menerima Sofia sebagai rakannya sementara semua orang benci akan dirinya. "Hadiah untuk saya tak ada ke?" -TUAH SYAF ADDEN "Syarikat ayah awak tu, syarikat apa?" -CINTA SOFIA "Syarikat jual perempuan!" -TUAH SYAF ADDEN. "Jangan main ya jual-jual perempuan ni! Liang lahad menunggu!" -CINTA SOFIA Roda kehidupan sentiasa berpusing. Hancur hidup seorang gadis malang kerana seseorang yang telah merosakkan hidupnya dahulu. Dia baru sahaja mahu merasa kebahagiaan, tetapi itu semua hanya sia-sia buat seorang gadis. "Tak akan ada orang yang nak perempuan macam saya ni!" -CINTA SOFIA "Tapi saya nak!" -TUAH SYAF ADDEN "Jangan nak merepek!" -CINTA SOFIA "Tak semua orang sama macam yang awak fikirkan" -TUAH SYAF ADDEN Syaf berusaha untuk mendapatkan kepercayaan seorang Cinta Sofia. Tapi kepercayaan itu hanya sekadar mainan kata buat Sofia. Syaf atau Sofia yang akan mengalah?