BAB 3🍂

9 0 1
                                    

AKU hanya memandang dia dengan pandangan yang bosan. Beg kertas yang kosong itu aku hulurkan kepadanya. Terus dia mengambil dengan teruja. Dan aku pula hanya menahan tawa daripada meletus keluar. Dia memandang aku dengan pandang yang tidak puas hati. Terus ketawa aku meletus keluar.

"Jahat awak ni!"

"Saya gurau la! Jangan la marah"pujuk ku bersama sisa ketawa yang masih ada.

"Huh!"merajuknya.

Tuah Syaf Adden. Itu nama orang yang tengah merajuk dengan aku. Dia ingat aku nak pujuk? Memang tak lah! Boleh jalan! Jejaka yang menjadi rakan sepermainan ku sewaktu kecil. Keluarganya juga telah banyak cuba membantu aku dan umi. Tetapi umi tolak mentah-mentah. Bukan sebab sombong, tapi umi berasa malu dan dia berasa, dia tidak layak dapat bantuan daripada sesiapa pun.

Kacak? Ya, Sayf memang kacak! Tidak dapat dinafikan lagi kekacakannya. Mana tidaknya, umi pernah beritahu aku yang keluarga Syaf ni, keturunan pahlawan zaman dahulu tu! Yang macam Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan semua tu lah!

"Rajin awak datang melawat sini"puji Syaf.

"Saya memang rajin!"kata ku dibuat-buat bongkak.

"Puji sikit dah kembang. Cehh! "Syaf menyampah.

"Biar la! Awak tu, saya jarang nampak awak datang ke sini. Sibuk ke?"

"Iya! Saya sibuk uruskan syarikat dengan ayahanda. Itu yang jarang datang sini"terangnya.

Aku mengangguk faham. Biasalah syarikat besar, mesti la banyak kerja. "Syarikat ayah awak tu, syarikat apa?"

Syaf tiba-tiba melorek senyuman nakal. Dah kenapa dia ni? Dia hanya merenung ku dengan pandangan yanh miang. Seram aku dibuatnya.

"Betul ni, nak tahu itu syarikat apa?"

"Ya, betul!"

"Anda pasti?"

"Pasti!"

"Jangan menyesal bila dah tahu!"

"Iya! Cepat la, lambat la awak ni!"marah ku.

Dia menarik nafas. Apasal dia ni nervous sangat? Dengan secara tiba-tiba , dia mendekatkan sedikit wajahnya dengan wajah ku. Terkedu dibuatnya.

"Syarikat jual perempuan!"

Terkejut beruk aku dibuatnya. Beg kertas itu aku baling ke arah wajahnya. Syaf menggosok batang hidungnya. Main-main dengan aku lagi! Aku memandang tajam dan dia hanya tersengih tidak bersalah.

"Jangan main ya jual-jual perempuan ni! Liang lahad menunggu!"

"Ish...jangan la marah cik adik"

"Betul-betul la awak! Syarikat apa tu?"

"Syarikat jual emas"

"Emas?!"

"Ya, emas!"

"Emas yang original ke?"

"Iya!"

Aku mengangguk kagum. Bukan senang nak cari emas yang tulen ni! Senyap antara kami. Dia hanya memandang aku.

"Awak ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?"soal Syaf.

"Saya nak balik rumah"

"Ouhh..kalau macam tu, jom saya belanja awak makan!"

"Boleh juga! Terima kasih!". Aku pun tengah lapar ni. Sebelum aku pergi ke sini tadi, aku hanya sempat menjamah sebungkus roti jagung sahaja. Ingat kenyang ke?! Dah ada orang nak belanja, kena la hargai. Rezeki jangan ditolak!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RATNA PAKAJAWhere stories live. Discover now