"Hoi betina murah!"
Aku menoleh ke arah suara jerkahan itu. Mula dah mak cik ni! Dapat ku lihat tubir mata umi berair. Umi memandang ku dan hanya tersenyum pahit.
"Biar kan sahaja, mari teruskan perjalanan kita!"
"Baik umi!"
Perjalanan diteruskan menuju ke kedai runcit Pak Salim. Aku menggenggam erat tangan umi memberi semangat. Setibanya di kedai itu, terus aku mencari bahan dapur yang sudah disenaraikan. Bakul aku ambil dan letakkan dua paket tepung ke dalamnya. Carian bahan dapur diteruskan sehinggalah aku rasa semua bahan sudah diambil.
Kaunter pembayaran dituju dan boleh dilihat umi diam berkutik mendengar kutukan dari dua orang mak cik bawang. Again?! Bunyi derapan kaki aku membuatkan dua orang itu menoleh ke arah aku. Aku tarik nafas sedalam-dalam yang mungkin untuk mengentalkan jiwa dan raga ku.
Bakul aku letakkan di atas kaunter dan Pak Salim memulakan tugasnya. Selepas itu aku hulurkan tangan untuk bersalam kedua orang tua itu. Ikutkan hati, malas nak salam! Tapi disebabkan hormat! Kedua mak cik itu hanya menyambut huluran aku dengan acuh tak acuh. Cehh!!
"Sofia, kamu ni dah 22 tahun, tak akan tak ada yang masuk meminang kamu lagi?"soal mak cik yang bernama, Senah.
"Haah Sofia! Anak mak cik yang Si Khaira, haritu dah ada orang masuk minang dia! Anak Dato pula tu!"kata mak cik Zena sambil ketawa dengan bongkak.
"Untung kau Na! Anak aku tu tak dapat anak Dato, tapi dia dapat yang kerja pegawai bank!"
"Uishh! Banyak gaji tu, boleh la nak tanggung anak dara kau tu"
Hati aku ni panas dengar. Pergi mampus le anak korang nak kahwin dengan siapa! Anak Dato ke, anak pegawai bank ke, anak kambing ke, KESAH APA AKU! Tapi beruntung la aku ni jenis yang bukan mulut laser, kalau tidak....memang sentap la dua orang depan aku ni. Aku hanya senyum pahit.
Tiba-tiba mak cik Zena memandang aku atas bawah. Ehh! Aku cungkil mata kau baru tahu! Dia memandang sahabatnya yang berada di sebelah. Berkomunikasi melalui mata!
"Ha Rie! Tak ada orang ke masuk minang anak kau?"nada mengejek aku dengar.
"Apa punya soalan la kau ni Senah. Tak akan ada orang nak masuk minang anak dia, sebab dia ni anak haram! HAHAHA!!"
Dapat aku rasa tangan umi yang aku genggam ada sesuatu menitik dan panas. Aku hanya memandang umi, tidak tahu nak buat apa. Pakcik Salim pula hanya menggeleng kepala mendengar mulut jahat mereka.
"Udah-udah la tu! Nanti dibuatnya anak kamu berdua mengandung anak luar nikah, baru kamu tahu langit tinggi rendah!"tegur Pak Salim pedas.
"Ishh kau ni Salim! Tak pernah nak sokong kami ni!"marak mak cik Zena.
Sokong kepala kau! Ada aku sumbat kepala dia dalam loji kumbahan!
"Dah kenapa aku ni nak kena sokong kamu berdua? Kamu ingat Si Rie ni nak lahirkan anak luar nikah ke? Ada ke kamu tanya Rie ni macam mana boleh mengandung sedangkan tiada suami? Ada? Tak ada kan? Yang kamu berdua ni, terus sahaja pergi mengutuk tanpa tahu cerita sebenarnya!"
Amik kau! Pakcik Maghoh! Berdas-das dia bagi! Go Pakcik, Go! Lobe You Pakcik! Aku yang mendengar ni, mahu sahaja gelak terbahak-bahak. Tapi apabila melihat umi yang dari tadi hanya memandang lantai, terus sahaja aku batalkan niat itu.
Terus dua orang itu menjeling Pak Salim dan beredar dari kedai runcit itu. Sentap la tuww. Terus aku ambil sehelai tisu di dalam poket selur dan mengelap sisa air mata yang berharga itu.
"Nah Sofia!" Pak Salim menghukurkan dua beg plastik yang berisi barang tadi.
"Terima kasih pakcik! Berapa ya?"tangan ku sudah bersedia menghulurkan duit.
"Tak apa, pakcik sedekah!"katanya tulus.
"Betul ke ni? Terima kasih sangat-sangat pakcik!"kata ku dengan senyuman lebar.
Pak Salim hanya mengangguk mengiyakan. "Semoga rezeki sentiasa berlimpah pakcik"
"Aamin. Kamu pun sama. Hati-hati jalan pulang tu!"
"Baik! Assalammualaikum!"
"Waalaikummusalam!"
Kaki mula melangkah keluar dari kedai itu. Sambil perjalan pulang ke rumah, aku bergelak tawa bersama umi. Aku tahu dia masih berasa sedih lagi. Tapi aku tahu umi aku ni seorang yang kuat!
____________________________________
SAMPAI sahaja di rumah, aku terus menuju ke dapur dan mengemaskan barang yang baru dibeli tadi. Setelah selesai, terus sahaja aku berlalu ke dalam bilik untuk menunaikan solat asar. Seronok sangat keluar dengan umi sampaikan lupa sudah masuk waktu asar.
Wuduk aku ambil dahulu dan terus memakai telekung putih ku yang bercorak bunga daisy. Sejadah dibentang mengikut arah kiblat. Berdiri tegak. Baru sahaja mahu mengangkat takbir, kedengara suara umi memanggil nama ku. Umi membuka pintu.
"Ya, umi! Kenapa?"
"Baru nak solat ke?"
"Haah!"
"Kalau macam tu, jom solat dengan umi!"
Aku mengangguk bersama senyuman manis. Sejadah dia atas lantai aku ambil dan terus ke bilik umi. Kami pun solat bersama-sama.
____________________________________
"Aamin!"
Doa umi aku aaminkan supaya diberkati oleh Nya. Aku hulurkan tangan menyalami tangan tua itu. Umi menekup kedua belah pipi ku. Aku tahu umi nak cakap apa. Memang selalu dia ucapakan benda ini. Tak kira selepas solat, semasa bangun pagi dan sebelum tido.
"Cinta Sofia anak umi, maafkan umi sebab tak dapat nak beri kehidupan yang mewah buat Cinta, hidup tanpa kasih sayang seorang ayah dan lahir dalam keadaan yang terhina. Umi minta maaf sangat-sangat. Maafkan umi ya!"
Mutiara jernih menitik satu persatu. Ayat yang betul-betul menyentuh hati aku ini. Walaupun aku selalu dengar, tetapi tidak pernah terbit rasa bosan mendengarnya. Malahan ianya membuatkan aku lebih kuat untuk menjaga dan melindungi umi.
"Umi. Cinta tak pernah salahkan umi walau sedikit pun. Umi besarkan Cinta sorang-sorang! Tanpa bantuan orang lain. Umi kerja siang malam. Umi kuat sangat. Cinta pun tak mampu jadi sekuat itu"
"Cinta pun kuat, umi tahu tu. Cinta bersabar dengar kutukan orang tentang kita. Jangan risau sayang, suatu hari nanti Cinta akan jumpa kebahagiaan Cinta. Umi sentiasa doakan"
"Umi kebahagiaan Cinta" aku terus memeluk tubuh kurus kering itu.
Sebak. Sunyi sepi keadaan. Aku dan umi sama-sama diam melayani perasaan. Pelukan aku leraikan setelah kedengaran bunyi azan maghrib. Aku memandang umi dan kami berdua ketawa kecil.
"Lama betul kita buat drama air mata, sampai azan pula tu!"
"Haih! Betul tu! Sudah, jom kita solat!"
"Baik umi!"
YOU ARE READING
RATNA PAKAJA
RomanceTUAH SYAF ADDEN ❣️ CINTA SOFIA Teman sepermainan sewaktu kecil. Dimana dia seorang sahaja yang menerima Sofia sebagai rakannya sementara semua orang benci akan dirinya. "Hadiah untuk saya tak ada ke?" -TUAH SYAF ADDEN "Syarikat ayah awak tu, syarika...