[SLOW UPDATE] 𝓕𝓪𝓮𝓮𝓺 𝓡𝓲𝔃𝓺 & 𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 Cinta? Bagi Faeeq Rizq, hatinya sudah mati selepas cintanya dikhianati oleh tunang dan kawan baiknya sendiri. Baginya, cinta itu tidak boleh menjamin kebahagian dalam diri seseorang. Namun hadirnya insan yang bernama Aralyn yang menceriakan hari -harinya sehinggalah satu persatu rahsia gelap mengenai sejarah silam Aralyn terungkai. "Kau terlalu cantik untuk jadi hantulah." - FAEEQ RIZQ "Syarat nak jadi hantu kena muka ada nanah bercampur ulat ke?" - ARALYN Namun tidak semua kisah itu harus berakhir dengan manis, termasuklah kisah di antara Faeeq Rizq dan Aralyn selepas rahsia di antara mereka terungkai. "Lupakan saya ya. Saya yakin awak akan berjumpa dengan orang yang tulus mencintai awak dan menerima awak seadanya. Terima kasih atas pertolongan awak selama ni, orang baik." - ARALYN "Terima kasih Aralyn sebab dah bahagiakan hari-hari saya. Semoga awak tenang di alam sana." - FAEEQ RIZQ