BAB 4

159 11 4
                                    

6 bulan kemudian...

Azan subuh daripada masjid berdekatan yang berhampiran dengan rumah Tan Sri Riyadh menyedarkan Faeeq dari lenanya.

Bingkas dia bangun dari katil lalu mencapai tualanya sebelum membawa langkah kakinya masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan.

Usai dia menunaikan kewajipan sebagai umat Islam, Faeeq duduk bersila lalu menadahkan kedua tangannya untuk berdoa. Bibirnya berkumat-kamit membacakan doa tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Hanya dirinya dan Sang Pencipta sahaja yang mengetahui segala isi hatinya saat ini.

Faeeq meraupkan tadahan tangan pada mukanya. Matanya tertumpu pada hujung sejadahnya, jari-jemari tangan kanannya digunakan sebagai tasbih semasa berzikir.

"Subhanallah, alhamdulilah, la illaha illallah, allahuakbar,"

Setelah hampir 15 minit dia berzikir di atas sejadah, Faeeq melipat kemas sejadahnya terlebih dahulu sebelum disangkut semula di tempat penyangkutan yang ada di biliknya.

Kopiah putih yang dipakai semasa solat diletakkan di atas meja sisi katil. Tiba-tiba sahaja lampu tidur yang berbentuk sejambak bunga tulip di atas meja tersebut menarik perhatiannya.

Hadiah terakhir daripada Ciara Helena buat dirinya.

"Sayang..." seru Helena lembut sambil menatap wajah kerut Faeeq yang sedang sibuk menghadap laptop.

Bibirnya menyisip straw terlebih dahulu sebelum menyedut strawberry smoothie yang dia sediakan sendiri di bakery Sweet Fleur milik tunangnya.

"Sayang..." Helena menyeru buat kali kedua, namun lelaki itu masih sahaja mengabaikan panggilannya.

Helene berdecit sambil menayangkan kembali wajah muramnya. Bibirnya memuncung ke depan apabila melihat Faeeq semakin fokus dengan data kewangan bakery Sweet Fleur untuk bulan ini.

"Ish..." pinggan yang berisi beberapa ketul cream puff ditolak ke hadapan secara perlahan menandakan tanda protesnya.

Perasaan akan tindakan si tunang menarik perhatian Faeeq. Dia mengangkat wajah untuk menatap wajah muram Helena.

"Kenapa, sayang?" soalnya lembut.

Helena menyilangkan kedua tangannya ke dada, wajahnya sudah dipalingkan sejak lagi tadi. Enggan memandang wajah Faeeq.

"Cream puff tu tak sedap ke? Your favourite kan?"

Helena diam. Ini bukan soal cream puff itu sedap atau tidak. Ini soal Faeeq yang mengabaikannya selama beberapa minit!

"Kalau sayang tak nak, tak apa. I boleh gantikan dengan pastries yang lain. Hari ini ada menu baru, apple strudel. Sayang nak try?" Faeeq cuba memujuk. Memang itu pun niat sebenarnya untuk memanggil Helena ke Sweet Fleur kerana untuk mencuba dan menilai menu baru mereka.

Helena memandang wajah kacak itu dengan pandangan yang tidak percaya. Adakah Faeeq benar-benar tidak tahu yang dia sedang merajuk atau lelaki itu saja buat-buat tidak tahu untuk menguji kesabarannya.

"Sayang!" kedua telapak tangannya dihentak perlahan di atas meja tanda protesnya.

Jelas terpancar riak wajah terkejut Faeeq apabila tunangnya bertindak seperti itu sebelum dia menolehkan kepalanya untuk memerhati keadaan sekeliling.

Salah diakah atau wanita itu sedang mengalami datang bulan?

"Hey, calm down. I buat apa sampai you marah sampai macam ni sekali?" soal Faeeq dalam nada yang lembut dengan emosi wanita yang dia cintai ini akan bertukar menjadi lebih stabil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aralyn: Her Dark Past [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now