Alva terpaksa mengikuti ibunya apabila tidak ada yang dapat menjaganya di kampung. Hari pertama berada di rumah majikan ibunya. Dia bertemu pula dengan anak Puan Dilla yang dingin iaitu Seth Al Aidan. Namun keduanya tidak terlalu rapat apabila Seth mengambil keputusan untuk tinggal di asrama menyebabkan mereka jarang berkomunikasi. Suatu hari Puan Dilla telah menyuruh Alva memberikan surat kepada Seth. Namun Alva yang malu dan takut jika Seth tidak melayannya telah meminta bantuan seorang pelajar senior untuk memberikan surat itu. Walaupun begitu, Alva tidak menyangka Seth datang menemuinya. Bahkan dari pertemuan itu menyebabkan wujud satu perasaan asing di hati Alva. Namun segera dilupakan perasaan itu. Cuti seminggu tiba, keluarga Seth membawa Alva dan ibunya pulang ke kampung Seth. Dari situ hubungan keduanya semakin rapat. Tiba saatnya Seth mahu menyambung pengajian ke luar negara. Mereka telah membuat satu janji . " Aku nak kita berdua janji ..." - Seth "Ok ,saya janji ..." - Alva Lalu sesuatu berlaku menyebabkan Alva mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah agam milik keluarga Seth. Beberapa tahun kemudian, Alva menunggu janji yang dibuat oleh Seth. Namun melihat seseorang disamping Seth membuatkan Alva sedar bahawa janji itu hanya sekadar janji. " Saya harap awak ingat janji kita ..." Start : 17 Ogos 2024 End: