Bab 1

0 0 0
                                    

Sekolah Menengah kebangsaan Arvan

Alva bersembunyi di sebalik dinding. Daripada jauh dia melihat Seth bersama rakan-rakannya sedang berbual di pondok rehat.

Mahu bertemu dengan lelaki itu. Namun dia takut Seth tidak melayannya. Hubungan mereka dua tidaklah serapat mana. Selepas Alva dan ibunya berpindah ke rumah lelaki itu pada 8 tahun lepas. Seth telah membuat keputusan untuk tinggal di asrama sewaktu dia berumur 13 tahun. Dan lelaki itu hanya akan balik pada hujung minggu sahaja dan itupun akan berada di rumah pada waktu malam kerana Seth sering keluar menemui rakannya untuk membuat kerja sekolah.

"Patut ke tak aku pergi sapa dia. Tapi kalau tak pergi. Nanti tak sampai pula pesanan mama pada dia" Alva sudah membahaskan Puan Dilla sebagai mama apabila wanita itu yang menyuruhnya. Manakala Seth juga membahaskan Serah sebagai ibu setelah dia di suruh oleh Puan Dilla dahulu.

"Atau aku suruh pelajar lain untuk sampaikan?. Ya tak ya juga..." Alva mendapat idea. Lalu seorang pelajar senior lelaki yang hendak melintasi Alva dihalang.

"Sekejap...er abang , boleh tolong saya tak?" Alva memandang pelajar lelaki tinggi lampai itu gugup. Dahlah ini merupakan kali pertama dia pergi ke tingkat pelajar tingkatan 5.

Pelajar lelaki itu memandang Alva pelik. Namun dia angguk sahaja kepala.

Alva tersenyum lega. Nasib baik abang senior ni nak tolong dia .

"Boleh tolong sampaikan surat ni pada pelajar bernama Seth Al Aidan." Alva menyuakan surat itu pada lelaki itu.

Pelajar itu memandangkan surat yang berada ditangan Alva. Lalu di ambil.

"Surat ni daripada Mama Seth. Dia suruh berikan pada Seth." Jelas Alva lagi, risau jika pelajar itu berfikir yang bukan-bukan.

" Baiklah, kalau macam tu saya nak pulang ke kelas dulu. Terima kasih ya ...abang ..." Alva mencari tanda nama lelaki itu. Setelah membaca nama yang tertera. Dia memandang lelaki itu

"Abang Faqil..." Alva memberikan senyuman dan berlalu pergi.

Faliq memandang pelajar perempuan itu berlalu pergi menuruni tangga. Seketika dia menggeleng dan tersenyum nipis. Surat yang berada di tangan dikerling lalu dia memandang Seth yang daripada jauh sedang berbual.

"Nampaknya dia perlu menanyakan sesuatu pada Seth..."

        Waktu sesi pembelajaran telah tamat. Satu persatu pelajar beransur pulang. Alva mengemas mejanya. Kini hanya dia seorang sahaja lagi yang berada di kelas.

Setelah memastikan buku teks telah di masukkan ke dalam beg. Dia mahu berlalu pergi. Selangkah kaki hendak  keluar daripada kelas. Tiba-tiba beg sekolahnya di tarik menyebabkan dia terdorong ke belakang. Alva terjerit kecil.

Pantas tubuh di pusing ke belakang mahu memandang gerangan yang menariknya. Suka hati mak nenek dia aje tarik beg kita.

Baru sahaja dia mahu memarahi gerangan itu. Tak semena bibirnya bagai dikunci apabila melihat gerangan bertubuh tinggi lampai itu memandangnya dengan dingin sambil kedua tangan disilang ke dada.

" Seth ..." Nama itu hanya mampu terluah di hatinya.

Selangkah demi selangkah Seth menapak ke arah Alva. Dan Alva berundur setiap kali Seth bergerak ke arahnya.

Sesampai Alva di kaki pintu. Seth memberhentikan langkahnya.

"Kau yang suruh Faliq beri surat ni pada aku?"

Alva memandang surat yang berada di tangan Seth. Kepala diangguk perlahan membalas pertanyaan itu.

"Kenapa tak beri terus dekat aku?"

Alva tersentak. Tak kan nak beritahu yang dia malu. Yela, dia bukannya rapat dengan Seth.

Bibir Alva seakan berat untuk memberitahu alasan sebenar. Kedua tangannya diramas. Dia cuba untuk berfikir untuk memberikan jawapan yang elok sedikit.

"Erh...sebab...sebab..." Alva cuba untuk memberikan jawapan.

"Sebab apa...?" Tekan Seth dingin.

"Sebab saya nak cepat. Masa tu perut saya sakit. " Mahu sahaja Alva menampar bibirnya. Entah apa-apa alasan dia ni. Haraplah Seth percaya.

Seth memandang Alva tanpa sebarang reaksi. Selangkah dia mendekati Alva. Lalu surat yang berada ditangannya di ambil.

"Ambil ni. Beri pada mama balik."

Alva mengambil surat itu dengan gugup. Setelah surat bertukar tangan. Seth menegakkan tubuhnya lalu memandang Alva.

"Siapa ambil kau?"

"Saya naik bus."

Seth mengerutkan dahi. Wajah Alva dipandang serius.

"Kenapa tak suruh pak cik Raf  ambilkan"

"Sebab ... " Alva sekali lagi mati kata. Dia bukan siapa-siapa untuk di hantar dan di ambil bak puteri. Dia hanya seorang anak tukang masak dan tidak lebih dari itu. Puan Dilla dan Tuan Farhan juga pernah membujuknya untuk dihantar oleh pak cik Raf. Tapi Alva yang menolak. Cukup dia dan ibunya dibenarkan tinggal di rumah agam besar itu dia sudah bersyukur.

Seth menanti jawapan Alva. Namun melihat Alva semakin diam membuatkan Seth sedikit geram dengan sikap Alva. Seth menghela nafas berat.

"Sini ikut aku." Seth menarik lengan Alva.

Alva sedikit tersentak. Namun dia tetap mengikuti Seth.

Setelah menghubungi pak cik Raf. Seth menyuruh Alva menunggu sebentar di pondok pengawal. Dalam beberapa minit. Bunyi hon kereta menyentak mereka berdua.

"Pergi masuk..." Seth menggerakkan matanya agar Alva masuk ke dalam kereta.

Alva mengeluh kecil. Dalam keterpaksaan dia masuk ke dalam. Mahu sahaja dia keluarkan amarahnya.Namun melihat kedinginan pada wajah Seth membuatkan dia menjadi gerun seketika. Akhirnya dia terpaksa menahan amarahnya itu.

Seth mengetuk cermin pemandu pak cik Raf. Setelah menyalami pak cik Raf. Dia sempat berpesan untuk mengambil dan menghantar Alva mulai dari sekarang.

Alva yang berada di kerusi belakang terkejut. Ni yang dia tak suka ni. Wajah tidak puas hati di berikan pada Seth. Namun lelaki itu seakan tidak terkesan atau kisah padanya. Tangan disilang ke dada. Dia cuba untuk bersabar agar tidak memarahi lelaki itu.

Selesai berbual dengan pak cik Raf. Seth meminta diri untuk pulang ke asrama. Sebelum cermin kereta tertutup. Mata Alva dan Seth sempat bertembung.

Alva terpaku melihat pandangan mata itu. Hatinya menjadi tidak tentu arah. Dia kenapa? Alva memegang dadanya. Kenapa dia mulai merasakan sesuatu. Segera kepala digeleng agar tidak melayan perasaan itu.

OUR Promise Where stories live. Discover now