Mengisahkan tentang persahabatan dan cinta yang membawa pembaca mendepani bersama pelbagai cabaran dalam menangani isu peribadi di bangku sekolah. Tenang, gadis lemah bersosial sedang berusaha untuk tidak ditelan bayang hitam yang saban hari semakin menebal. Dia kehilangan sahabat rapatnya, terpaksa bermain dengan bara cinta, merungkai misteri terkait hidupnya dan paling utama mencari jawapan berkenaan ada apa di dalam gelap? Berjayakah dia untuk tidak tenggelam dimamah tekanan sosial di sekilingnya?
7 parts