Dimanakah hati yang dicari oleh Qays? Nurul Najwa Safiyya. Lihat nama seperti gadis lembut, tapi dalam realitinya gadis itu sangat nakal. Dengan sifat nakal dan ceria ini, Najwa langsung tidak tahu yang seseorang jejaka paling rapat dengannya menyukainya. Lagi mengejutkan, jejaka itu adalah teman sepermainannya dahulu sewaktu kecil! Dia dapat tahu juga, lelaki itu sudah lama menaruh hati dengannya tetapi sukar untuk meluahkan kerana takut akan ada kejanggalan diantara mereka berdua. Qays Adreez. Hancur hatinya apabila mengetahui gadis yang sudah lama dia menaruh hati mempunyai teman lelaki. "Ini boyfriend aku. Riyadh namanya. Riyadh ini kawan baik saya. Qay- Eh! Maksud saya Adreez." - Nurul Najwa Safiyya Kawan baik? Sekadar itu Najwa menganggapnya? "Ternyata aku faham apa erti sakit yang sebenar." - Qays Adreez Qays terima ujian yang Allah turunkan untuknya. Sehinggalah satu hari dia dapat tahu bahawa Najwa dan Riyadh mahu berkahwin. "Tahniah atas perkahwinan korang berdua! Jangan lupa bagi aku anak fruit ye, budak kecik!" - Qays Adreez Bukan mahu mendoakan, tetapi sudah takdir yang sudah terjadi. Nak buat macamana, bukan? "K-kau dah cerai?" - Qays Adreez Terasa dunia ini miliknya seorang! "Aku tahu kau dah malas nak dengar aku 𝘱𝘰𝘬-𝘱𝘦𝘬, tapi aku nak cakap juga! Sudikah kau menjadi peneman tidur, makmum, peneman hidup dan mati serta isteri untukku? Gila! Dia ingat mahu single selepas bercerai! Namun, ada pula yang meminangnya. "Aku....t-" - Nurul Najwa Safiyya Adakah hati yang dicari oleh Qays sudah dijumpai? Saksilah HATI YANG DICARI ⛔ CRINGÈ AND CLÌCHÈ ⛔ DON'T PLAGIARISM 🟢 ALL RIGHT RESERVED BY DEARLLYAS START : 23/6/24 END : 𝗔𝗟𝗟 𝗥𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗥𝗩𝗘𝗗 𝗕𝗬 𝗗𝗘𝗔𝗥𝗟𝗟𝗬𝗔𝗦