PROLOG

23 5 0
                                    

"Mama. Wawa dah nak pergi sekolah ni. Wawa tak sempat nak sarapan. Wawa bekal kan sahaja. Wawa pergi dulu ye." pamit Najwa. Sempat dia melihat sekilas abangnya yang tengah bersarapan itu. Best lah duduk rumah. Boleh gonjeng atas katil. Rasa malas pula nak ke sekolah. Kenapa lah hari ini sekolah. Malas betul!

Keluarganya memang memanggilnya Wawa. Bagi dia, keluarganya memanggilnya Wawa agak tidak sesuai baginya. Dia pun tidak tahu kenapa baginya agak tidak sesuai. Mungkin kerana sifatnya yang nakal dan banyak celoteh ini tidak sesuai dengan nama secomel itu?

Sebelum dia pergi, sempatlah dia bersalaman dengan mamanya iaitu Puan Sofia dahulu. Naim, bapanya itu? Awal pagi lagi ke pejabat. Nasib lah si bapaknya itu pulang tengahari sekejap. Katanya rindu masakan Puan Sofia.

"Hati-hati, sayang. Baca doa naik kenderaan." pesan Puan Sofia. Melihat anak daranya tumbuh membesar, membuatkan Puan Sofia bahagia. Besar sudah anaknya. Sudah mahu masuk umur 18 sudah.

"Okay, mama. Bye. Assalamualaikum." usai memberi salam, dia terus bergerak ke pintu hadapan untuk memakai kasut. Melihat Pak Osman sedang menunggu di kereta.

"Eh? Pak Osman hantarkan Wawa ke?" soal Najwa dengan kerutan.

"Ye. Dato' suruh hantar." jawab Pak Osman.

"Daddy ni. Orang kata boleh jalan kaki, nak juga suruh driver hantarkan aku." gumam Najwa.

Pak Osman senyum nipis. "Dato' buat macam tu, sebab dia sayangkan Wawa. Karang tiba-tiba ada mat rempit nak ngorat Wawa karang macam mana? Wawa juga yang susah."

"Tapi, Wawa nak berdikari sendiri." balas Najwa

Pak Osman hanya senyum kecil. Degil juga anak Dato' Naim ni!

"Jom lah, Pak Osman. Nanti pagar tutup karang."

"Mari." mereka berdua terus masuk kedalam kereta Velfire itu.





"Tunggu!" lantang Najwa menjerit apabila melihat pagar itu mahu tutup. Najwa masuk kedalam celah-celah pagar yang mahu tutup itu. Ada juga aku tarik tudung perempuan ni karang. Sengaja lah tu!

Tahulah dia siapa yang sengaja tutup pagar sekolah tu.

Si Syaza Al-Isma'!

Gadis itu terjengket-jengket mencari seseorang.

"Ini dah pahal jengket-jengket macam ayam sakit ni?" bidas Najwa. Dia merampas buku catatan yang berada di pegangan gadis di sebelah 'perempuan' itu. Najwa terus menulis namanya di situ. Tidak mahu melengahkan masa lagi.

Dia tahu dia akan disuruh tulis nama kerana lambat datang ke sekolah. So, disebabkan taknak melihat wajah Syaza, dia terus tulis nama dia buku tersebut walaupun Syaza tu sedang mengacaunya.

"Pfft!" sebaik sahaja Eliza tak ketawa lancang.

Si dua perempuan ni pun satu. Dia bukan pengawas. Apa pasal 2 tino ni jaga pagar? Kerja tambahan ke?

"Abang kau tak datang ke?" tanya si gadis itu. Patutlah terjengket-jengket macam orang sakit.

"Kamu nanyak? Mata tu buta ke? Ada nampak abang aku dekat sini? Takde kan? Lain kali, jangan nak gatal sangat. Abang aku pun muak nak datang sekolah. Asyik muka kau je dia tengok. Itulah dia taknak datang. You better get lost, Ismail." sinis Najwa. Selepas dia menceramah si Syaza Al-Isma' itu, dia terus bergerak ke kelasnya. Takut terlambat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗖𝗔𝗥𝗜Where stories live. Discover now