BAB 1

21 6 0
                                    

10 tahun sudah berlalu.

10 tahun tersebutlah dia menendam rasa namun langsung tidak dibalas. Dia pengecut! Sungguh pengecut!

"Arghh!"

"Stress nampak." muncul seorang jejaka lalu menghampiri kawannya tersebut yang sedang menggenggam rambutnya itu.

"Itulah kau. Aku dah suruh kau confess dekat dia. Tapi apa kau buat? Kau pendam je."

"Kau kalau kau datang sini nak menyerabutkan kepala aku, baik kau berambus je!" geram sungguh dia dengan Yazid ni.

"Okay, tuan raja. Aku tak menyerabutkan kepala kau ye." perli Yazid dan sengaja ditekankan perkataan 'menyerabutkan kepala' itu.

"So, apa cerita dia sekarang?" sebut je tentang 'dia' mesti muka kawannya ni bersinar. Lepas habis universiti, langsung Yazid dan kawannya tak jumpa sudah gadis tersebut.

Yang paling heartbroken depan dia nilah. Acah lebih!

"Entahlah. Sakit sangat hati aku weyh. Tengok post Instagram dia lagi aku rasa nak campak phone aku."

"Hahaha. Ini rupanya penangan yang membuatkan Qays Adreez jatuh tenggelam dari lautan yang dibuat oleh Nurul Najwa Safiyya?" galak Yazid mentertawakan Adreez.

"Diam lah kau! Ayat tu kalau boleh nak dramatik lagi." perli Adreez sambil menggulingkan mata.

"HAHAHA!" ini yang dia suka dengan Adreez. Adreez suka layan lawak hambarnya.

"Dahlah, aku nak balik."

"Awal lagi bro. Sambung lah lagi one round." ajak Yazid sebelum bergerak ke arah motosikal berkuasa tingginya itu.

"Maleh aku. Nanti umi mengamuk pula." memang benar. Hampir tercabut telinganya mendengar Datin Seroja membebel.

"Ala kau ni. Aku kan ada? Aku boleh back up kau."

Lama Adreez berfikir.

"Hm, jom lah." mengaum kuat bunyi motosikal jenama Ducati Panigale V4 itu. Hasil dari titik peluhnya. Dari kecil dia mahu menjadi pelumba motor yang handal dan Alhamdulillah dia dapat menyahut cita-cita nya itu.

"Siapa sampai Warung Selera dahulu, dia kena belanja makan." belum sempat Yazid membalas, Adreez laju meninggalkan tempat tersebut.

"Woi Adreez! Kurang asam!" giliran dia pula mengejar motosikal Ducati Panigale V4 milik Adreez.












"WAH awalnya anak umi yang bernama Qays Adreez ni balik." Adreez tahu, dia disindir oleh Datin Seroja.

"Maaf umi." sengih tak bersalah diberikan kepada Datin Seroja.

"Maaf?" laju tangan Datin Seroja menarik telinga Adreez.

"Adeh, umi! Sakitt." desis Adreez sambil memegang telinganya yang menjadi tarikan Datin Seroja tadi.

"Tahu pun sakit. Umi tunggu awak dari malam tadi tau! Kalau tak balik semalam, bagitahu umi dahulu. Kesian umi tunggu awak lama. Haih! Kalau cakap dengan Qays pun, bukannya Qays nak dengar kan?" panjang lebar Datin Seroja membebel. Kan sudah kata Datin Seroja akan membebel. Tolonglah, abinya datang. Sejuk sikit hati Datin Seroja yang memarahinya ketika ini.

"Sorry lah umi. Insyaallah Qays tak buat lagi."

"Huh! Malas umi nak layan awak!" Datin Seroja sengaja mahu acah-acah merajuk. Biar anaknya ini memujuk.

"Comel je umi merajuk." usik Adreez.

Lengan Adreez menjadi tempat singgahan tamparan lembut dari Datin Seroja.

"Sudahlah. Awak tu pergi mandi sekarang. Bau masyam!" Datin Seroja menutup hidungnya. Tadi Adreez usik dia kan, giliran dia pula mengusik Adreez.

"Entah-entah umi yang masyam. Hahaha." belum sempat telinganya ditarik, dia sudah laju memecut ke biliknya.

"Haih. Anak bertuah betul! Nasib aku tak cepuk dia tadi." sempat Datin Seroja mengutuk Adreez. Padahal sudah berapa kali dia tampar secara perlahan dan menarik telinga Adreez.

Datin Seroja mengatur langkah ke dapur untuk masak makanan tengahari.

TBC



𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗖𝗔𝗥𝗜Where stories live. Discover now