Tuan Aaron Haziq♡Nayla Hasya Dikisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Tuan Aaron Haziq dan seorang wanita yang bernama Nayla Hasya. Mereka yang ingin bekerjasama untuk melakukan project company yang bernama A.H GROUP dan NAZ GROUP yang dimiliki oleh Haziq Dan bapa Nayla. Tetapi,semasa mereka ingin berbincang,ayah Nayla iaitu Dato' Nazim Othman tidak dapat hadir kerana ada urusan di Italy,jadi dia menyuruh Nayla Hasya anaknya untuk menggantikan tempat dia. Dan,disitulah Haziq Dan Nayla bertemu,Haziq yang tidak pernah sama sekali memandang atau menyukai wanita sepanjang hidupnya..hidupnya hanya kerja,kerja,kerja itu yang Haziq fikirkan. Tetapi,sejak Haziq bertemu dengan Nayla dia berasa jatuh cinta dengan Nayla,pandangan Nayla,keayuan Nayla,sopan dan cantik!!entah apa yang Nayla buat sehingga lelaki yang tidak pernah ambil tahu pasal wanita tiba-tiba ingin ambil tahu pasal wanita. Ramai lelaki yang jatuh cinta dengan Nayla tetapi,hanya sebab 1 lelaki,Nayla benci dengan lelaki..tetapi,dengan Haziq berbeza. Tatapan lelaki itu seolah-olah ikhlas ingin menjaga Nayla dengan baik. Tetapi...setelah mereka digelar suami isteri,ada juga turun dan naik dalam rumah tangga,tapi siapa sangka mereka dapat bertahan...