"Maafkan Farah, mama... maafkan Farah papa..."-PUTERI FARAH Riak wajah kedua ibu bapa kandungku dipandang lama. Wajah mereka berdua jelas menunjukkan riak wajah bengis. Menandakan bahawa mereka langsung tidak terkesan dengan setiap esakan yang keluar dari mulutku. "Maafkan Farah kerana terlahir sebagai anak mama dan papa..."-PUTERI FARAH Datin Dahlia menendang perutku sehingga senak. "Kau diam! Permohonan maaf kau takkan dapat hidupkan anak aku balik!"-DATIN SRI DAHLIA ZULAIKHA Aku meringis kesakitan. Angkara sebuah tragedi hitam yang melanda keluarga kami, bermulalah dendam kesumat sehingga sekarang. "Anak seperti kau tak sepatutnya lahir!"-DATO' SRI FARISH IKMAL Sepahit apa pun kisah hidupku, kehidupan perlu diteruskan. Kerana erti kata mengalah, tidak wujud di dalam kamus seorang Puteri Farah! Aku membesar dengan persekitaran ini sehingga aku berumur 21 tahun. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang jejaka kacak rupawan. Tuan Eirman Elhan. Sebut sahaja nama tersebut, pasti akan dikagumi oleh orang ramai. Dan, entah mengapa... hatiku juga turut merasakan debaran yang hebat ketika berada di sampingnya. "Tuan jangan sombong sangat, Tuan tak tahu ke yang kita berdua ni ditakdirkan bersama?"-PUTERI FARAH "Banyaklah kau punya ditakdirkan bersama, kau tu budak lagi. Baru 21, dah gatal nak kahwin!"-TUAN EIRMAN ELHAN Dan alangkah pelik bin ajaib kami menjalinkan hubungan bersama. Namun, semuanya lenyap angkara suatu penipuan. "Enough! Tak cukup lagi ke awak tipu saya selama ni?"-PUTERI FARAH "Run, printsessa... run! Run as fast as you can!"-TUAN EIRMAN ELHAN Senyuman misteri itu, cukup menggerunkanku. 📌Karya ini adalah 100% dari idea pemikiran saya. 📌No plagiarism allowed⚠️ 📌Harap readers bersabar menantikan update chapter seterusnya. 📌Read at your own risk!⚠️ Start: 27th August 2024 Restart: 17th November 2024 End: -
1 part