sebuah sequel DEAR MR MASK & MY COINCIDENCE BRIDE ARFAN AZAM BIN ADI AKASHAH x ARUMI HAIFA BT ARJUNA HANIF Sejak kecil, Arfan dan Arumi tak pernah sependapat. Selalu bertengkar mulut setiap kali berjumpa. Permulaan nya Arfan yang suka membuli Arumi sebab dia anggap itu sebagai satu hobi, membuli kawan-kawan adik dia Balqis. Setiap kali dia cuba untuk membuli Arumi dengan niat suka-suka, namun setiap kali itu juga niat suka-suka itu akan bertukar menjadi tragedi yang serius. Arfan juga tidak puas hati dengan Arumi bila dia beranggapan semua orang memihak pada Arumi sampaikan papa dia pun selalu pukul dia setiap kali dia cuba nak buli Arumi. Bila meningkat dewasa, hubungan mereka semakin bertambah dingin. Bagai anjing dengan kucing, selalu bergaduh dan bertengkar. Arfan pula membesar menjadi seorang lelaki yang punyai pakej yang cukup sempurna sehingga menjadi perhatian para pelajar perempuan di kolej tempat mereka belajar. Dan dia juga sudah membuka sebuah bengkel kereta yang diusahakan nya pada hujung minggu di bantu oleh Thaqif Asnaf, adik Arumi. Arumi masih berada pada tahun pertama di Kolej Tun Razak. Bila dengan Arfan, cara percakapan nya akan berubah menjadi kasar. Dia bukan tak lemah lembut, tapi dia tak mahu nampak lemah dan lembik. Dia jenis yang akan mempertahankan diri nya kalau dia merasakan benda tu betul untuk dipertahankan. Ian Hafizi, sahabat baik Arfan, mula menunjukkan minat kepada Arumi. Pelbagai usaha dia lakukan untuk menambat hati Arumi. Dan bila Arfan mula melihat kemesraan Arumi dan Ian yang semakin jelas ketara saban hari, dia dihambat rasa cemburu tanpa sedar. Lalu apakah sebenarnya perasaan Arfan pada Arumi? Hati aku ni sakit sangat bila tengok kau boleh mesra-mesra dengan Ian, tapi dengan aku bukan main kau berkasar - ARFAN AZAM