PROLOG CM

2.2K 251 52
                                    

# Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara. CARAMEL MACHIATO adalah sebuah sequel DEAR MAR MASK & MY COINCIDENCE BRIDE. Kisah Arfan dan Arumi. Jadi yang belum baca dua story tu, boleh baca dulu supaya faham jalan cerita. Cerita, watak dan lokasi adalah saling berkait*

***********************************

The main characters:

The main characters:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARFAN AZAM

ARUMI HAIFA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARUMI HAIFA

** Ini adalah sambungan apa yang terjadi selepas Arumi cedera jatuh dari buaian. Scene yang hanya ada dalam SPECIAL CHAPTER 7 dalam ebook MY COINCIDENCE BRIDE**

Tokyo, Jepun

"Papa! Sakit papa! Papa Fan tak buat lagi papa!!!" Terjerit-jerit Arfan bila Adi sudah menolak nya sehingga terjatuh ke atas rumput. Tangan pula terawang-awang ke atas memohon supaya papa nya berhenti dari menghentam tubuhnya.

"Get up!!!" Jerkah Adi lagi. Mata sudah memerah seperti biji saga melihat ke arah Arfan.

"Fan tak nak papa!" Arfan sudah menangis beria-ia.

Bella hanya menekup mulutnya bila melihat suaminya sudah membawa Arfan untuk beradu kekuatan di situ.

"I said get up! Jangan nak jadi lelaki pengecut! Jangan hanya tahu cari pasal dengan perempuan! Get up Arfan Azam!!" Kuat jeritan Adi di situ bersama tangan yang sudah bersedia untuk mengajar Arfan.

Arfan tetap geleng kepala. Dia takut bila melihat papa nya marah begini. Dia bukan nya mahir sangat dengan ilmu pertahanan diri ini. Dia baru saja belajar bertinju beberapa bulan yang lepas. Papa bukan lawan dia. Kalau dia melawan, tak mustahil tulang-temulang dia akan patah riuk nanti.

Adi naik berang. Dia meluru dan mencengkam kolar baju Arfan dengan kuat. "Papa tak pernah ajar anak-anak papa buat perangai jahat macam ni. Sekarang ni cuba Arfan cakap, kalau jadi apa-apa dekat Umi, apa papa nak jawab pada uncle Juna?"

CARAMEL MACHIATO - Ebook Coming SoonWhere stories live. Discover now