Ian ketawa geli hati melihat muka Arfan yang ternganga mulutnya sejak tadi. Terpesona bila melihat pelajar baru yang baru masuk kelas Arumi pagi tadi. Memang dia tak nafikan cantik budaknya. Muka minah saleh. Memang sah-sah lah akan menjadi rebutan pelajar lelaki kolej lepas ni.
"Fuh! Tak sangka cantik giler student baru tu Ian. Eh, aku nak berkenalan lah" Arfan sudah tidak sabar-sabar mahu menegur pelajar baru yang sedang duduk makan di kafe kolej bersama dengan Arumi dan Suraya.
"Wei gelogoh jugak kau ni eh?" Ian masih ketawa sambil geleng kepala. Dia menepuk bahu Arfan.
"Awek cantik kot!" Jawab Arfan bersama sengihan lebar.
"Yelah. Kau ni, tapi tu dia kan duduk dengan Arumi dan Suraya. Kang kau perang mulut pulak dengan Arumi tu" Ian memuncungkan mulutnya ke arah meja yang diduduki oleh tiga orang gadis itu di sana.
"Ah, biar lah dia. Aku bukan nak tegur dia, aku nak tegur awek dekat sebelah dia tu"
Ian mencebik. "Kau tak takut ke kalau Arumi report dengan papa kau nanti?" Duga Ian lagi.
"Kalau dia berani nak report, siap dia dengan aku nanti!" Arfan merengus.
Semakin galak ketawa Ian kedengaran. Kalau dah terbuka peluang untuk dia duduk mendekati Arumi, apa salah nya kalau dia gunakan nya sebaik mungkin. "Okay jom lah. Aku boleh usha Arumi sekali" Kata nya penuh makna.
Dahi Arfan berkerut. Sejak dua menjak ini memang dia semakin kerap mendengar Ian menuturkan kata-kata sebegini kalau ianya berkaitan dengan Arumi. "Kau ni betul-betul suka dekat minah tu ke bro?" Soal Arfan inginkan kepastian.
"Hmmm, buat masa ni yes. Aku suka tengok dia. Lain dari yang lain. Aku tak suka yang level-level macam awek yang kau berkenan sangat nak kenal tu. Awek macam tu bersepah kat luar bro. Setakat pakai geli-geli boleh lah. Tapi kalau nak buat awek, aku cari yang macam Umi tu" Ian ukir senyum senget.
Sememang nya betul. Tengok saja dari cara pemakaian pelajar baru itu dia sudah dapat mengagak personaliti dia macam mana. Mesti jenis yang suka bersosial. Kaki kelab. Tak mustahil. Dia dah biasa jumpa perempuan yang spesis macam tu. Tak macam Arumi. Dia yakin Arumi masih suci bersih dari sebarang kotoran. Dan perempuan yang seperti itu lah yang dia nak. Sementelah lagi dia sudah kenal Arumi sejak kecil lagi.
"Hmm, aku bukan nak larang kau eh. Tapi kalau setakat si Arumi tu, ramai lagi girl yang layak bergandingan dengan kau bro. Arumi tu biasa-biasa je aku tengok. Stail pun biasa-biasa. Alah boring lah. Sejak bila taste kau drop ni Ian?" Soal Arfan sambil tergelak.
Ian ukir senyum lagi. Sekadar melihat ke arah Arfan yang masih mentertawakan nya. "Kau tak pernah ada hati dengan Arumi?"
Soalan itu mampu membuatkan ketawa Arfan berhenti dengan serta-merta. Wajah Ian dicari bersama kerutan di dahi. "Maksud kau?" Soal Arfan buat-buat tak faham sedangkan dia faham.
"Kau faham apa yang aku tanya tadi bro" Ian tetap dengan senyuman sarkastik nya. Mata pula sedari tadi masih menghala ke arah tempat di mana Arumi duduk.
Arfan lepaskan keluhan. Dia melihat pandangan Ian ke mana. Dan dia turut memandang ke sana juga. Kemudian hujung bibir dinaikkan. "She's not my taste. Aku tak akan suka kan dia sebab dari kecik aku memang dapat rasa yang aku dengan dia memang tak ada chemistry. Lagi pun aku tak suka girl yang suka cakap kasar macam Arumi tu"
Ian angguk-angguk mendengar kata-kata Arfan. Kemudian dia menepuk-nepuk bahu Arfan berkali-kali. "That's good. Lega hati aku dengar. Aku tak nak lah bersaing dengan kau pulak nanti. Yelah mana lah tahu kan kot-kot kau ada hati dengan girl yang kau panggil budak pelat tu. Just want you to know, apa yang aku suka, aku takkan bagi orang lain ambil, sebab aku ni jenis yang protective dan aku sanggup berbunuhan demi mempertahankan apa yang aku suka" Kemudian Ian tertawa kecil sebelum dia melangkah meninggalkan Arfan di situ.
YOU ARE READING
CARAMEL MACHIATO - Ebook Coming Soon
Romancesebuah sequel DEAR MR MASK & MY COINCIDENCE BRIDE ARFAN AZAM BIN ADI AKASHAH x ARUMI HAIFA BT ARJUNA HANIF Sejak kecil, Arfan dan Arumi tak pernah sependapat. Selalu bertengkar mulut setiap kali berjumpa. Permulaan nya Arfan yang suka membuli Arumi...