Di dunia di mana dewa-dewa Yunani dan makhluk mitos berkelana, Sophea Kim, seorang saintis muda, terperangkap dalam konflik antara manusia dan kekuatan supernatural. Setelah eksperimen gagal yang dilakukan oleh sekumpulan saintis, segelintir manusia seperti disumpah menjadi makhluk mitos yang menakutkan, mengancam keselamatan dunia. Dalam usaha untuk menyelamatkan mereka, BTS, kumpulan dewa Yunani yang memiliki kekuatan luar biasa datang untuk membantu, memimpin misi untuk menciptakan antidot yang mampu mengembalikan manusia kepada bentuk asal mereka. Namun, perjalanan ini tidaklah mudah. Dalam pertarungan sengit dan seksaan yang mengerikan, Sophea dan tujuh dewa ini harus berdepan dengan musuh yang tidak hanya berada di luar, tetapi juga di dalam. Ketika kepercayaan mulai goyah, Sophea mendapati bahawa keluarga dan sahabat terdekatnya telah bersekongkol untuk mengkhianatinya, meninggalkan luka mendalam di hatinya. Dalam kesesakan itu, perasaan cinta dalam hati setiap seorang dewa ini mula berputik pada gadis tersebut, menambahkan lagi kerumitan dalam misi mereka. Di sebalik segala kekacauan, Sophea menyimpan rahsia besar. Dia bukanlah seorang saintis biasa; warisan dari moyangnya menyimpan kekuatan luar biasa yang tidak diketahuinya, potensi yang dapat mengubah arah pertempuran. Ketika ancaman semakin dekat dan pengkhianatan terungkap, Sophea harus berjuang bukan hanya untuk nyawanya, tetapi juga untuk mengungkap kebenaran tentang dirinya dan menghentikan malapetaka yang menghampiri. Apakah Sophea akan menemukan kekuatan dalam dirinya untuk melawan takdir yang telah ditentukan? Dan dapatkah cinta yang terbina di tengah kegelapan mengatasi segala rintangan? START : 21/10/2024 END :