Have you notice that, masa kita remaja dunia ni penuh warna. Segalanya rasa lancar nak dibuat. Melukis, menulis, berimaginasi, bekarya. Teringat dulu zaman aku dengan kegemilangan Ejen Ali FanFiction, setiap jam, setiap hari rajin je jari hendak menaip walaupun jari dah rasa kebas-kebas.
Sehingga masuk umur 19- hingga kini (22 tahun), kegemilangan tu tak sekuat dahulu. Kau sibuk dengan komitmen, sibuk dengan kerja, 6 hari, 12 jam, sehari cuti untuk re-charge semula energy itupun tak cukup. Pergi gelap, balik gelap. Tenaga banyak habis pada production sampai tak larat nak sambung karya-karya yang masih tertunggak (PANDEMIK, Mrs Lawyer Encik Hartanah).
Senang cakap lah, kepada adik-adik Wattpad yang melangkah ke alam dewasa, one day kau akan rasa apa aku rasa. Jadi nikmatilah sebaiknya zaman sekolah dan zaman universiti korang sebelum komitmen dan kekangan masa ambik alih hidup kamu.