Kalau ada masa jemputlhah vote bahagian dalam story ni. [prolog only]
Tajuk: Masjid Diawal Usia
Genre: Teen Romance
Status: Soon Update [2021]
Perkahwinan atas wasiat yang ditinggalkan oleh si arwah abangnya, Arsyad Daniyal membuat Irsyad Dayyan mengambil kesempatan untuk membalas dendam kepada Iman Qistina.
"Kau jangan ingat aku halalkan kau sebab aku cintakan kau. Aku akan balas apa yang kau dah buat dekat abang aku selama ini." -IRSYAD DAYYAN.
Perkahwinan yang dia fikirkan akan bahagia, tetapi tidak. Bahagia langsung tidak dikecapinya. Kesengsaraan itu yang dia dapat.
"Sampai bila awak nak siksa saya macam ini, Dayyan?" -IMAN QISTINA.
Rayuan demi rayuan dia pinta tetapi si lelaki penuh dengan ego. Ego kerana kisah silamnya yang gelap.
"Aku tak nak kau menyesal, Dayyan. Jangan sampai dia jatuh dekat tangan aku dan masa itu kau jangan harap untuk dapat dia semula." -AFEEF DARWAN.
Iman menjadi rebutan diantara Afeef dan Dayyan. Dimata Afeef, Iman adalah permata yang memiliki segalanya tetapi sebaliknya apabila dia dimata Dayyan. Dayyan hanya menggunakan Iman sebagai ralat untuk memuaskan nafsu dan amarahnya.
Semuanya seakan berubah apabila satu perasaan hadir datang menyapa hati Dayyan.
"Kau jangan main-main Dayyan. Ingat motif kau. Dia punca abang kau mati, Dayyan. Ingat!" -IRSYAD DAYYAN.
Dia tetap dengan egonya yang makin hari makin menggunung tinggi.
"Awak sayangkan saya, bukan? Tapi awak ego." -IMAN QISTINA
Dayyan menafikannya sehinggakan satu perkara buruk menimpa mereka.
"Dayyan! Bangun! Bangun! Jangan tinggalkan saya!" -IMAN QISTINA
"Iman... A... Aku... Cintakan... Kau." -IRSYAD DAYYAN.
"Bahagialah tanpa sebarang kongkongan dari Irsyad Dayyan. Aku akan pergi buat selama-lamanya. Aku tak kan hadir lagi untuk menjadi api yang membakar segala harapan dan impian kau sebaliknya aku akan hadir sebagai bintang untuk menyaksikan betapa gembiranya kau ketika itu. Bukan dengan aku."
Start:
End:
Beautiful cover from @sparklyiris