DesbarTargar
Alhamdulillah, 15 Rabiul Akhir 1447H / 7 Oktober 2025.
Selesai sayembaran Inkfinity untuk sidang 2025. Tahun lepas "Kembara Ksatria Muda" KKM, tahun ini "CEY! Cikgu Emir Yusuf". Kalau ikutkan hati nak cabar buat 2 judul sekaligus, tapi - belum terdaya lagi. "Temasya Dua Perantau" TDP kena on-hold dulu. Asalnya memang nak tulis TDP dulu berbanding CEY! , tapi isi cerita TDP terlalu berat, CEY! dah tunggu hampir setahun, kalau tak kerana sayembara, mungkin tak ditulis lagi. Anyway, sekali lagi Alhamdulillah - selesai. Naskhah CEY! rapat dengan jiwa penulis sendirilah, santai dan menghibur. Emir, Julia dan pelajar-pelajar tingkatan 5H adalah nadi CEY! ... Sayembara Inkfinity telah tamat, namun perjalanan CEY! ke garisan penamat belum berakhir.
...CEY! telah masuk fasa memperkenalkan 2 watak utama, iaitu Wai Seng dan selepas ini Murad, jom, pada yang sudi meluangkan waktu, dijemput membaca CEY! ... terima kasih.
maaf atas segala kekurangan dalam penulisan, Des baru setahun jagung dalam bidang penulisan fiksyen...
DesbarTargar
@Auni_Sy terima kasih Auni, tak apalah Auni, jangan putus asa, teruslah berkarya, inshaAllah Auni boleh!
•
Reply