COMING SOON - TEASER
“Betul ni?”
Adila minta kepastian. Hanif tahu dia seorang isteri yang kuat cemburu. Suaminya hanya miliknya. Tiada wanita lain yang boleh memiliki Hanif melainkan dia seorang. Tapi dalam hal tadi, selain cemburu dia juga sebenarnya merajuk.
Dia tidak suka suaminya memandang wanita lain. Apatah lagi wanita itu lebih cantik dan seksi daripadanya. Tidak boleh! Hanif hanya boleh memandang wajahnya. Apabila lelaki itu memandang wanita lain terasa ada sesuatu yang kurang pada dirinya.
Argh, tak mungkin dia ada kekurangan.
Kata Hanif, dia seorang isteri yang sangat sempurna dalam segala hal.
“Sayang tahu kan dalam hati abang hanya ada nama sayang. Sayang seorang je yang paling abang sayang, yang paling abang cinta dan perempuan yang paling cantik pernah abang jumpa.”
Pujian itu buatkan bibir Adila mula melebar. Mana mungkin dia mahu meneruskan rajuk setelah dipuji begitu. Sekali lagi, nampaknya Hanif berjaya memujuk hatinya. Macam biasa!
Dia isteri yang suka merajuk dan pasti Hanif akan memujuk. Sampai dia cair! Bahagia sungguh menjadi isteri kesayangan suami.
Tapi bila Hanif merajuk, dia akan biarkan. Padan muka!