Assalamualaikum, salam sejahtera semua!
Rasanya kita dah masuk syawal yang ke 9 kan, maknanya masih ada masa untuk author memberi sedikit ucapan raya kepada pengikut-pengikut dan juga pembaca-pembaca serta penulis-penulis di luar sana.
Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir dan Batin, tulus ikhlas daripada author Sekiranya author ada tersilap tulis atau terkasar dalam membalas komen-komen kamu semua, ataupun tidak membalas langsung, maafkan author. Sudah bertahun lamanya author tidak aktif di Wattpad. Meninggalkan begitu banyak cerita yang tergantung dan mesej-mesej yang tidak berbalas daripada kamu semua.
Dengan rendah hati author ingin memohon seribu kemaafan kepada semua.
Walau bagaimanapun, author sudah berfikir untuk kembali aktif di akaun ini. Diharapkan pengikut-pengikut dan juga pembaca-pembaca semua dapatlah terus menyokong niat murni author ini
Terima kasih juga kepada semua yang masih kekal disini bersama dengan author. Kesetiaan kamu semua teramatlah dihargai
Pada akhir kata, selamat menyambut syawal dan selamat menjalani hari-hari yang bahagia ya. Stay safe dan terus berjuang!❤️