Hidup akan selalu busy, dan kepenatan takkan pernah berakhir. Kadang-kadang, aku fikir, kenapa masih tak berakhir? Aku dah nak jatuh, tapi masih juga teruskan.
Tiga tahun sudah berlalu, dan tak ada apa-apa yang berubah. Kawan aku sudah jadi penulis novelis, aku masih dalam tanah paling dalam. Paling-paling, mereka ada recognition...aku masih di sini.
Memang betul semua orang boleh membaca pada zaman sekarang tetapi tak semua orang boleh menulis. Lukisan aku tak cantik tapi perkataan aku juga begitu? Kadang-kadang, aku berharap, aku boleh tulis romance tapi aku tak boleh paksa diri- idea takkan keluar walau aku cuba. Hanya misteri, thriller, dan horror yang boleh membuatkan aku yakin. Tapi, aku juga tidak yakin apa yang aku nak tulis sekarang. Idea keluar tapi bila menulis, sepatah perkataan pun tidak terhasil- dan yang terkarang adalah sampah semata.
Aku cuba tulis ikut apa yang aku mahu, tapi aku tak rasa ianya boleh diterbitkan dalam mainstream. Aku mahu dikenali sebagai penulis, yang sepatutnya menjadi definisi bagi aku tetapi semakin lama, ianya semakin jauh. Aku rasa semakin kosong di dalam. Jari-jemariku menggeletak sakit dan aku tak buat apa-apa pun. Aku biarkan sahaja imaginasi terus berlari tanpa perlu mencatat apa yang berlaku. Aku tumpulkan otak aku, enggan membaca sebarang bahan bacaan.
Mungkin inilah rasanya bila jadi mayat hidup. Macam aku nak mati tapi aku masih hidup rupanya.
Tuhan, aku tidak mahu hidup macam ni lagi. Rasanya sakit sangat. Aku nak sangat idea aku jadi tulisan dan seterusnya tapi kenapa semuanya macam sampah? Semuanya tak bagus langsung. Adakah aku terlalu benak untuk menjumpai cerita yang betul-betul nampak kilaunya? Aku tak tahu. Aku tak tahu. Aku tak tahu apa yang tak kenanya dengan aku sekarang.
Sakitnya.