“Ni dah kenapa bawa rokok ke sekolah ni?” kuat kedengaran suara pengawas itu membuatkan semua pelajar memandang ke arahnya. Dia sedang memegang sekotak rokok dan sebuah beg. Milik Uzair.
“Bukan saya punya. Sumpah, bukan saya punya!”
“Kalau bukan awak punya, macam mana benda ni boleh ada dalam beg awak? Berjalan sendiri?” pengawas itu separuh menyindir. Uzair mati kata. Dia cuba mendapatkan kembali begnya namun dihalang oleh pengawas tersebut.
“Apa yang terjadi ni?” guru disiplin sudah mari. Habislah kau, Uzair. bisik hati pengawas tersebut. “Uzair bawa rokok ke sekolah, cikgu.”
“Rokok?” kotak tersebut diambil dari tangan pengawas lalu diperiksa. “Penuh lagi. Awak nak jual kat dalam sekolah ke, Uzair?”
“Tak!” pantas Uzair menjawab. “Buat apa saya nak buat macam tu?”
“Mana la tahu, kan? Bapa borek, anak rintik,” ujar guru disiplin tersebut sambil senget bibir. “Kalau ayah awak boleh jual dadah kat luar sana, tak mustahil awak boleh buat macam tu kat sekolah ni!”
“Sumpah, cikgu! Saya tak buat!”
“Ikut saya ke bilik disiplin sekarang!” ternyata guru disiplin itu tidak mahu mendengarnya. Uzair hanya mampu mengikut langkahnya sambil mendengar kata-kata nista yang dilontarkan kepadanya.
“Anak banduan!”
*****
AKAN DATANG, 15 OGOS INI DI WATTPAD LAILA QAISARA.