Hai korang!
Saya ada terbitkan e-book yang bertajuk Seindah Lukisan Dia. (Kombo)
Kalau korang berminat, boleh klik link di bawah ya:
http://www.wasap.my/601135472907/KompilasiHighSchoolMemory/order
BLURB:
FAWWAZ GHAZALI - Tidak pernah terlintas di akal fikirannya untuk menyukai seseorang. Tetapi entah mengapa hatinya mula terpaut pada seorang gadis yang merupakan atlet. Setiap lakaran yang terlukis indah pada buku lakaran menjadi bukti bahawa dia benar-benar menyukai gadis itu.
“Kalau awak nak tau, macam nilah cara pelukis meluahkan rasa cinta dia pada seseorang. Melukis sesuatu atau seseorang yang dia suka.” - FAWWAZ GHAZALI
ADELIA NATASHA - Fokus pada sukan bukan hal yang sukar bagi dirinya. Melainkan soal hati dan perasaan. Perkara itu benar-benar ingin dicegahnya. Semenjak satu kejadian menimpa dirinya, dia mula ingin mengenali lelaki itu secara lebih dekat.
“Memandangkan lukisan awak indah sangat. Apa kata awak lukis saya, boleh?” –
ADELIA NATASHA
Masa berlalu dengan pantas, mereka berdua menjadi rapat. Tanpa mereka sedar, hati mula terpaut antara satu sama lain.
“Benar kata orang, suka boleh confess jangan.” - FAWWAZ GHAZALI