NikNurHusna

     Masa mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam.Seluruh perjalanan hidup berkait rapat dengan masa.Kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi,waktu hidup itu nyawa.Isu masa ialah isu penting kepada perkara-perkara lain.Ia bukanlah isu biasa dalam kehidupan Muslim.
          	       
          	     Mana tidaknya,perjalanan hidup kita di dunia akan menentukan bagaimana keadaan kita di akhirat.Kita hanya ada peluang sekali sahaja.Peluang masa yang sekali inilah harus dilakukan dengan sebaik mungkin demi mendapat kehidupan yang baik di akhirat kelak.
          	
          	     Kalau gagal pada masa ini,kita tidak akan menemui peluang kedua.Tatkala itu,kita akan merintih,merayu,menolong mahu diberi peluang masa pada waktu sekarang.
          	
          	                                        Sekarang!
          	
          	                                 Kenapa sekarang?
          	
          	Kerana sekarang kita masih hidup.Kita masih ada masa untuk beribadat dan melakukan amal soleh.Dengan 'sekarang'yang ada ini, kita masih belum terlewat.Jangan tunggu apabila tiba masanya,air mata darah sekalipun tidak berguna.
          	
          	     Lumrah masa.Ia berjalan terus.Ia tidak pernah berhenti.Tidak lenguh.Tidak berpusing ke belakang.Tidak ambil 'MC' walau sekali.Inilah harta milik kita yang paling berharga.
          	
          	*Semoga ia bermanfaat :)
          	
          	-Dipetik daripada buku:Novel Islamik & Motivasi 'Berlumba Dengan Ayam' m/s:142&143
          	(Penulis Novel:Dr. Farhan Hadi Mohd Taib&Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin)