Tak payahlah cerita perjalanan hidup dalam bidang sastera sejak dulu lagi. Apa aje yang tak harung. Semuanya dicuba.

Minat membaca sejak remaja sehingga kini. Menulis? Dulu rajinlah tapi sejak jadi editor ni, rajin baca manuskrip orang ajelah. Pendek kata sampai nak termuntah rasanya. Tak sempat langsung nak menulis. Sebabnya apabila dah jadi editor, barulah sedar yang semakin lama semakin banyak yang perlu dipelajari walaupun setinggi mana pun belajar masa kat universiti dulu.

Jadi, korang yang baru belajar menulis tu, janganlah mendabik dada, semuanya korang aje yang betul. Teguran yang baik diambil, yang toksid tu abaikan aje. Hati kena kental dan sentiasalah belajar memperbaiki penulisan korang ya.

Love you all!
  • JoinedJuly 27, 2021


Following


1 Reading List