Hai semua. ❤️
Red nak bagitahu yang Red akan berehat sekejap daripada update cerita. Jangan risau, Series "Princess" ni tak ditinggalkan dan masih ada dalam perancangan saya. Cuma buat masa sekarang, saya perlukan sedikit masa untuk fokus pada perkara lain dalam kehidupan saya dan mengumpul semula idea supaya saya dapat sambung menulis dengan lebih baik nanti.
Terima kasih kepada semua yang masih membaca dan menyokong cerita Red walaupun kadang-kadang update agak lambat. Setiap satu sokongan daripada korang memang sangat bermakna untuk Red
Red minta maaf kalau hiatus ini mengecewakan sesetengah pembaca. Percayalah, saya pun tak suka meninggalkan korang buat masa agak lama. Tapi saya rasa lebih baik saya berehat seketika daripada memaksa diri menulis apabila saya tidak dapat memberikan hasil yang terbaik.
Saya tak pasti berapa lama hiatus ini akan berlangsung, tetapi saya harap apabila saya kembali nanti, saya dapat hadir dengan semangat, idea, dan cerita2 yang lebih menarik untuk korang semua.
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dan menemani Red. Jumpa lagi nanti. Jaga diri baik-baik dan doakan saya.
— Red