Selamat tahun baru semua. Semoga tahun ini semuanya akan menjadi lebih baik buat kalian. Sudah agak lama aku tidak menulis. Bagi yang masih setia menanti coretan dari ku, ribuan terima kasih aku ucapkan. Cuma buat masa sekarang, aku masih tidak mempunyai keinginan untuk menulis. Otak jadi tepu kerana selain menulis, perlu membahagikan masa dengan tugas hakiki dan pjj. Harap kalian semua sihat sentiasa hendaknya dan sabar menanti naskah baru dari ku.