Saya tolak pintu hotel perlahan-lahan, staf yang menjaga bahagian pendaftaran melihat dalam keadaan tidak percaya.
"Tuan pergi mana? Bos saya cari Tuan. Tuan ada terima emel?" dia bertanya, tangan masih bersalam erat. Ekspresi wajah terkejut masih belum reda.
Tak sempat saya letakkan stok buku yang dibawa bersama, terus saya membalas, "Eh, saya lihat Tuan tidak ada di sini bulan lalu, semua staf pula sudah beruniform baharu, saya fikir Tuan sudah berhenti." menjawab dalam keadaan terlupa waktu tugas dia hanya pada waktu siang. Pada waktu itu saya tiba lewat malam. Memanglah tak jumpa.
Sejak bulan pertama hotel ini dibuka, saya jadikan hotel ini tumpuan.
Mudah bergerak seawal enam setengah pagi dari hotel ini, beberapa langkah sahaja ke KLIA Ekspress, Komuter, Monorel, Putra LRT, ETS dan sekarang MRT.
Dia tidak meminta kad pengenalan, terus mendaftar saya masuk, "Kami dimarahi bos kerana Tuan tak datang. Dia kata kami sudah buat salah sehingga saya jauhkan diri."
Aduh, mahu ketawa ada, simpati pun ada.
"Dahulu, setiap minggu saya ada kerja di sini. Sekarang dalam sebulan saya ke Kuala Lumpir sekali dua sahaja," itu sahaja sebab dapat saya berikan.
Saya sedar, pengurus hotel ini melihat nama-nama pelanggan dan kekerapan 'check-in'.
Ada waktu dapat bilik besar, ada waktu dapat bilik percuma dan ada waktu tempahan minit akhir dapat juga walaupun hotel penuh. Apabila tingkat baharu dibuka, diberi peluang mencuba dahulu.
Disebabkan saya lama tak datang, staf akan kirimkan emel dan mesej bertanya khabar.
Cuma kali ini saya tidak membalas. Tak semena-mena semua kena menjawab depan orang atas.
https://www.wattpad.com/story/117503734