aeyfanasri

Hidup adalah sebuah misteri. Kutip semua kunci dan cuba buka tanpa ada kesilapan. Jika tidak... GAME OVER -  AQRAM
          	Tanpa sedar, permainan nyawa itu telah meragut hampir seluruh ahli keluarga Imroatul Ain. Dia bagaikan lumpuh untuk meneruskan hidup. Siapa sebenarnya Aqram?
          	Namun, kehadiran Dzul seolah-olah memberi harapan baru buat Imroatul Ain. Lelaki itulah yang menjadi sumber kekuatan untuk dia meneruskan semua ini dalam menjejaki motif Aqram!
          	"Dia dikatakan ketua bagi kes ini, tapi masing-masing seakan sengaja berdiam diri. Dah banyak berlaku, tapi orang atasan pun macam sengaja diam." - DZUL
          	Satu per satu insiden menimpa diri Imroatul Ain tanpa pengetahuan sesiapa hatta Dzul. Dia takut untuk merasai kehilangan buat sekian kali. Kali ini, biarlah dia terkorban demi insan yang dia sayang. 
          	Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. Percayalah, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Bila orang buat kau... fight it back with love - IMROATUL AIN 
          	Apa sebenarnya yang manusia durja itu mahu? Persoalan demi persoalan hadir membuat emosi Imroatul Ain terganggu. Sukmanya menjerit inginkan keadilan. 
          	Tampaknya... segalanya terlalu misteri. Segalanya kelam dan mengerikan.
          	Mungkin dengan kematiannya membuatkan mereka bersorak kepuasan, tetapi dia... Imroatul Ain tidak akan membiarkan sorakan itu terjadi. Permainan jahat itu harus dilumpuhkan.
          	
          	I N N O C E N T 
          	RM24 exc postage
          	PRE-ORDER

Bismillah. Alhamdulillah sukacita diberitahu bahawa manuskrip INNOCENT telah lulus penilaian di bawah rumah terbitan yang akan diberitahu kelak. Terima kasih bagi yang sudi mengikuti cerita ini dari awal. Insya-Allah kita bertemu dalam versi cetak. Doakan semoga dipermudahkan.
          
          Jadi, mulai hari ini Faa stop masukkan cerita bab demi bab. Sungguhpun begitu, Fa tetap akan berkongsi random teaser Innocent sementara menunggu pengumuman daripada pihak penerbit.
          
          TERIMA KASIH ^^

aeyfanasri

@dhilaasyfa terima kasih kak ^^
Reply

dhilaasyfa

@aeyfanasri Alhamdulillah. Tahniah fa! Semoga terus sukses. Semoga segala urusan berjalan lancar. All the best! ❤
Reply

aeyfanasri

INNOCENT
          
          + Where are you, Cik Mata Bulat?
          
          Aku tersenyum. Entah kenapa aku suka bila dapat berkomunikasi dengan Dzul dalam Instagram berbanding secara berdepan. Mungkin aku tak perlu hadap wajah tegangnya? Tapi pelik jika Dzul masih tidak mengenali aku.
          
          ....
          
          https://www.wattpad.com/959570650-innocent-by-aeyfa-nasri-16 - BAHAGIAN 16
          https://www.wattpad.com/995901021-innocent-by-aeyfa-nasri-17 - BAHAGIAN 17

aeyfanasri

Dia..
          
          Dia sudah berjanji mahu berjumpa lagi di sini. Tak sangka aku terlalu lurus sehingga mudah tertipu.
          
          Mungkin tiba masanya aku lupakan dia.
          
          Ya, lupakan dia Aisha!
          
          Keluar dari stesen, aku berjalan keluar menuju ke barisan kedai dan kedai menjadi tujuan aku. Aku sukakan sesuatu yang manis ketika pahit menghuni perasaan. Tambahan pula aku baru sahaja diberhentikan kerja, jadi tak ada sebab lagi untuk aku naik kenderaan awam itu untuk berulang-alik.
          
          Aku mendongak cuba membaca papan nama kedai.
          
          'Rossa The Baker'
          
          https://www.wattpad.com/982241839-insomnia-boyfriend-complete
          
          COMPLETE STORY

aeyfanasri

“Aku nak jumpa Carl,” bisik Kuntum sekadar dengar pada telinga dia dan Aisya.
          
          Aisya senyum nipis. Tidak pelik bagi dia jika Kuntum menyampaikan hasrat untuk bertemu dengan Carl. Lagipun Kuntum memang kipas susah mati Carl cuma tidak ketara. Hanya orang yang terdekat saja tahu dan Aisya rasa bertuah untuk menjadi salah seorang daripada itu.
          
          “Awak peminat dia, mestilah awak ada perasaan nak jumpa. Benda ni normal je, Neesa.”
          
          Sekali lagi Kuntum menggeleng. Sah, memang Aisya fikir dia berangan.
          
          “Bukan itu! Sekarang ini Carl ajak saya jumpa dia. Maksudnya special date with special fan!”
          
          Aisya terdiam. Bukan tak mahu percaya tapi kedengaran agak pelik. Carl ajak Kuntum keluar?
          
          “Awak mesti tak percaya, kan?”
          
          “Tak, bukan macam tu. Cuma rasa pelik, macam mana Carl boleh terfikir nak pilih awak?” soal Aisya cuba berseloroh.
          
          Kuntum menyepetkan mata. Geram dengan Aisya yang pandang rendah terhadap dia. Ini Kuntum, aura lebih kuat berbanding penampilan. Sekali berbalas pandang, jejaka di luar sana terus mencair.
          
          KUNTUM KASTURI - bahagian 8
          
          https://www.wattpad.com/962279065-kuntum-kasturi-kisah-kembar-tak-seiras-bahagian-8

aeyfanasri

“Kenapa tenung buah hati aku macam nak tembus? Jangan cakap kau dah tersuka dekat Carl. Aku tak benarkan.”
          
          Terangkat bahu Kasturi dengan sergahan Kuntum. Entah bila Kuntum masuk ke dalam bilik pun dia tidak perasan. Kasturi berdeham sebelum selamba berlalu ke meja belajarnya.
          
          “Belum ada perasaan tu tapi aku haraplah dijauhkan daripada mamat jambu ni.”
          
          “Eleh, jangan suatu hari nanti kau pula tergila-gila minat dekat dia macam peminat fanatik dia yang lain,” balas Kuntum seraya menarik kerusi.
          
          KUNTUM KASTURI - bahagian 7
          wattpad.com/961743560-kuntum-kasturi-kisah-kembar-tak-seiras-bahagian-7