amrsyafx

Kalau aku boleh balik ke masa lampau, aku memilih 2016 dan 2021. 2016 untuk menghalang diri aku dari meluahkan kepada Diana. 2021 untuk aku benar-benar memilih Yan.

amrsyafx

Hati saya berasa sedikit lapang setelah saya menarik satu cebisan kaca di antara kaca-kaca yang masih menusuk apabila hati itu ditekan-tekan. Benar, apabila ditarik keluar, hati saya berdarah sedikit. Tetapi, dengan membiarkannya kekal duduk di situ, saya tahu, ia akan menjadi barah yang menikam jiwa saya pada bila-bila masa.
          
          Lebih baik sakit sedikit sekarang. Dari dibiarkan dengan jaminan kematian.

amrsyafx

Selamat hari lahir Emir, Nikita, Mei dan Red. Apa pun panggilan yang kamu beri ke atas diri kamu, ketahuilah bahawa kamu adalah manusia yang paling istimewa yang akan sentiasa ada di dalam dirimu. You deserve to be loved and be happy too. Semoga 21 ini memberi peluang untuk kamu sentiasa meneroka yang terindah buatmu dan semoga jalan untuk kamu bahagia terbentang luas di depanmu. Selamat hari lahir. Kuatlah, dan terus berjuang.