Bunga Khayalan, bukanlah nama sebenar, merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Dia bukan saja sukakan bunga, tetapi dia juga suka berkhayal. Seorang perempuan muda yang sangat minat membaca fiksyen percintaan antara lelaki, ataupun lebih dikenali sebagai 'fujoshi'.

Disebabkan minat yang terlampau dalam, dia teringin sangat nak menulis novel percintaan antara lelaki dalam versi bahasa Melayu. Kononnya, dia berangan nak menjadi orang pertama yang membawa genre 'Shounen Ai' ini ke dalam dunia penulisan di Malaysia.

Pada masa yang sama, dia juga suka menulis tentang kehidupan. Dia selalu percaya yang kehidupan ini terlalu banyak benda yang tak boleh dirungkai dan tak akan pernah terungkai. Semuanya kerana kehidupan ini sentiasa rumit dan berbelit. Terlalu banyak point of view yang perlu diambil kira.
  • JoinedFebruary 11, 2024


Story by Bunga Khayalan
Benji by bungakhayalan_
Benji
Nama aku Budin. Kehidupan aku bermula di tepi jalanan yang penuh dengan kejijikan dan kesejukan. Seumur hidup...
ranking #831 in malay See all rankings