daisyyiest

Kalau ada yang menunggu update untuk story Qaez, saya nak beritahu yang saya akan update balik dalam bulan 2 nanti lepas saya habis final...
          	
          	See you!!!

rinoravelle

hello! saya datang nak minta izin promote dekat wall author ^^ kalau ada masa terluang silakan baca ya kawan kawan ><
          
          Mereka pernah percaya pada cinta sehingga kepercayaan itu dikhianati oleh orang yang paling dekat.
          
          Karina membina dinding tinggi untuk melindungi hatinya. Raes pula menyimpan rasa yang tidak sepatutnya wujud.
          
          Satu pertemuan kecil membuka luka lama.
          
          Satu senyuman mengganggu ketenangan yang dipaksa. Bila dua insan yang sama-sama terluka bertemu, adakah mereka akan saling menyembuhkan - atau mengulangi kesilapan yang sama?
          
          https://www.wattpad.com/story/406446699

Lilystacia

Hi tumpang promote boleh?
          Ini novel pertamaku dan saya harap kalau kamu sudi untuk membaca dan juga tolong promote kepada sesiapa yang minat membaca buku genre enemies to lovers dan ini sinopsis ceritanya.
          
          "Macam mana aku boleh ada dalam badan kau?!"
          "Manalah aku tau! Tapi satu benda yang aku pasti-
          sekarang aku terperangkap dalam badan kau yang sangat... menjengkelkan ni! Eww!"
          "Eleh, kau pun apa kurangnya."
          "Hah! Apa kau cakap kat aku!? "
          ***
          Liam, seorang atlet sekolah yang hebat dalam bola keranjang, dan Elaine, seorang pelajar genius yang bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pengajiannya ke Harvard University, sering bertengkar bagai anjing dengan kucing kerana perwatakan mereka yang sangat berbeza.
          Namun, pada suatu hari, dunia mereka akan berubah 360° darjah apabila mereka tiba-tiba mendapati diri mereka tertukar badan! Dalam tubuh yang sangat asing, mereka terpaksa berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan masing-masing, sambil mencari jalan untuk kembali ke tubuh asal.
          Semakin lama mereka dalam tubuh masing-masing, semakin mereka memahami beban dan tekanan yang dihadapi oleh satu sama lain. Mereka mula sedar bahawa menyelamatkan hidup masing-masing bukan sekadar lulus peperiksaan atau menang perlawanan bola keranjang, tetapi juga memahami apa yang mereka benar-benar mahukan dalam hidup.
          Akhirnya, satu persoalan yang timbul: mampukah mereka kembali ke tubuh asal tepat pada waktunya? Atau adakah mereka akan terperangkap dalam badan yang salah selama-lamanya?
          
          https://www.wattpad.com/story/391802650?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=Lilystacia