Assalamualaikum semua!!
Ya Allah, saya tak sangka buku pertama saya which is Dia, yang ku gelar isteri dah 500k pembaca dah.
Untuk pengetahuan semua, buku pertama saya adalah Edard Nico: His Little Angel yang kini saya dah tukar tajuknya sebagai Dia, yang ku gelar isteri. Guys... cerita ni saya tak akan unpub walaupun banyak sangat kesalahan dekat dalam tu, tatabahasa lah penggunaan bahasa english pun ada juga yang salah. Semua ni disebabkan, cerita Dia, yang ku gelar isteri ni saya nak jadikan sebagai kenangan untuk saya semasa saya menjadi 'penulis pemula' pada tahun 2022
Terima kasih sangat saya ucapkan kepada semua pembaca yang banyak sangat tegur kesalahan dekat dalam cerita ni. Saya tak marah, hehehe. Malah saya sangat sangat berterima kasih dekat korang sebab walaupun banyak kesalahan dekat dalam cerita tu, korang tetap juga sudi untuk baca.
Dan untuk cerita saya yang lain pula, saya tau ada juga terselit kesalahan dekat situ. Insyallah kalau semua dah complete saya akan edit semula.