Cold Summer : Unconditional Love SENASKAH RM25 di Shopee Lucyana Mall.
https://shp.ee/2m6nqzj
Buaian lama yang terletak jauh dari taman tadika, berayun perlahan. Keadaan mereka berdua ditemani keriuhan kanak-kanak yang sedang bermain agak jauh dari tempat mereka berbicara.
“Kenapa datang Seoul tak beritahu akak?” tegas Marcella seperti ada kesalahan yang dilakukan
Mina.
“Mina tak mahu susahkan sesiapa kak.” Suara Mina mendatar kerana Marcella bakal dapat menghidu apa yang berlaku sehinggakan Mina
menjejakkan kaki ke Seoul.
“Diri Mina? Macam mana pula? Sampai bila
Mina nak jaga Changbin tu? Ibu kita dah pesan,
hantar saja Changbin tu ke rumah kebajikan,” tekan
Marcella sebelum sedar suaranya sedikit lantang. Dia menoleh kiri dan kanan untuk memastikan tiada yang perasan.
Mina menayang wajah tidak berminat untuk
bercakap soal Changbin apatah lagi dengan ahli
keluarganya. Itulah punca dia melarikan diri
daripada rumah dan membawa Changbin ke sini.
“Mina, Changbin tu anak luar…” Mina menderas bangun dari buaian. Marcella terdiam melihat Mina mula menahanmarah.
“Berapa kali Mina nak ingatkan akak? Tak
kira apa status Changbin, Mina tak suka dengar
perkataan tu. Dia tetap anak Mina. Jangan palitkan kedudukan Changbin dengan budak-budak yang lain. Kalau ibu dan kakak tak boleh terima Changbin, tak apa. Mina akan jaga dia sampai Mina mati!”
Derapan kaki Mina penuh rasa geram, membuatkan Marcella dihimpit serba salah. Terus dia belari anak dan meraih tangan Mina. Mina berpaling laju dengan wajah berkerut.
“Akak minta maaf, Mina.” Marcella menghela nafas berat. Perasaannya bercampur-baur ketika ini. Dia berada di tengah-tengah dalam menyokong Mina atau ibu mereka.