misshoneyauthor

E-BUKU PERCUMA (TIADA TARIKH TUTUP)
          	
          	Assalamualaikum dan hai semua, “Sirnanya Sebutir Permata” dah diterbitkan sebagai e-buku secara percuma! Tapi sebelum tu, Honey harap korang boleh ikuti syarat-syarat di bawah❤️.
          	
          	Syarat untuk tebus:
          	1. Ikuti Instagram @misshoney_author.
          	2. Suka (posting di IG @misshoney_author) dan kongsikan siaran ini di IG story anda (tidak perlu mention Honey).
          	3. Mention tiga rakan anda, (terutama sekali yang minat membaca).
          	
          	Yey! Dah boleh tekan link WhatsApp di biodata IG Honey. Honey akan hantar e-buku melalui WhatsApp. Tapi kalau ada yang nak Honey hantar melalui e-mel, boleh terus tulis alamat e-mel di WhatsApp. Selamat membaca.
          	
          	Link Instagram Honey: https://www.instagram.com/misshoney_author?igsh=MXE4ejRqaTNvN2FvMA==
          	 #sirnanyasebutirpermata #freeebook #ebookfree #ebukupercuma #percumaebuku #wattpadmalaysia

misshoneyauthor

E-BUKU PERCUMA (TIADA TARIKH TUTUP)
          
          Assalamualaikum dan hai semua, “Sirnanya Sebutir Permata” dah diterbitkan sebagai e-buku secara percuma! Tapi sebelum tu, Honey harap korang boleh ikuti syarat-syarat di bawah❤️.
          
          Syarat untuk tebus:
          1. Ikuti Instagram @misshoney_author.
          2. Suka (posting di IG @misshoney_author) dan kongsikan siaran ini di IG story anda (tidak perlu mention Honey).
          3. Mention tiga rakan anda, (terutama sekali yang minat membaca).
          
          Yey! Dah boleh tekan link WhatsApp di biodata IG Honey. Honey akan hantar e-buku melalui WhatsApp. Tapi kalau ada yang nak Honey hantar melalui e-mel, boleh terus tulis alamat e-mel di WhatsApp. Selamat membaca.
          
          Link Instagram Honey: https://www.instagram.com/misshoney_author?igsh=MXE4ejRqaTNvN2FvMA==
           #sirnanyasebutirpermata #freeebook #ebookfree #ebukupercuma #percumaebuku #wattpadmalaysia

misshoneyauthor

PENGUMUMAN
          
          Assalamualaikum semua, Honey harap para pembaca sihat walafiat. Memandangkan sambutan "Sirnanya Sebutir Permata" di Wattpad kurang memuaskan, jadi Honey mengambil keputusan untuk jadikan cerita ni sebagai e-buku.
          
          Tetapi jangan risau, e-buku percuma sahaja insya-Allah. Insya-Allah Honey akan cuba siapkan secepat yang mungkin. Nanti bolehlah kalian baca sampai penamat. Mohon doakan segala urusan Honey dipermudah ya, Honey pun doakan segala urusan kalian dipermudah. Aamiin.
          
          Boleh ikuti Honey di Instagram/Facebook untuk maklumat selanjutnya nanti.
          
          Instagram: misshoney_author
          Facebook: MissHoney Author

misshoneyauthor

TEASER BAB 5 (SIRNANYA SEBUTIR PERMATA)
          "Aku tak merepek, Rat. Aku cintakan kau,  Ratna." Adi mengulangi luahan hatinya.
          
          Ratna menarik tangannya. Dia cuba membuka pintu kereta tetapi gagal kerana dihalang oleh Adi.
          
          "Sepanjang kita berkawan, mustahil kau tak pernah ada perasaan pada aku walaupun secebis Rat?" tanya Adi perlahan dengan pandangan sayu.
          
          "Betul, memang aku sayangkan kau. Tapi perasaan sayang tu hanya sebagai sahabat. Tak lebih dan tak kurang. Aku harap sangat kau faham perasaan aku, Adi. Ini soal hati!" bentak Ratna dengan harapan dapat menyedarkan Adi.
          
          Ratna maju ke hadapan, gesit Adi melelar tangan Ratna. Terpusing Ratna ke belakang.
          
          "Dulu, aku pernah lepaskan permata yang seharusnya menjadi milik aku. Tapi sekarang, aku takkan ulangi perkara yang sama, Ratna," ucap Adi serius. Kelopak matanya langsung tidak berkedip. Sebaliknya terasa ada air hangat yang bertakung di kolam matanya.
          https://www.wattpad.com/1406206578?utm_source=ios&utm_medium=postToProfile&utm_content=share_writing&wp_page=create_writer&wp_uname=MissHoney5&wp_originator=8qISFGwRyXJkd2soJVpDA2HzmDWKYr%2BF%2FttElPTghLFOzsJ5ZO%2BOlOuHFPjMhvHbhzYz6yCZqsdLOKo6zdhT0bFu%2FbqPJ8l%2FLj5dQMiLnI5IJN8S8y1qmeOg8NhdPaVt

misshoneyauthor

TEASER BAB 4 (SIRNANYA SEBUTIR PERMATA)
          
          "Mama aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia."
          
          Perbuatan Adi memotong roti tampal terhenti. "Jodohkan kau?"
          
          "Ya ... macam sebelum-sebelum ni," sambung Ratna lagi. Dia meraup wajah sebelum mendengus kasar.
          
          Adi khali di kerusi sebelah. Sudu dan garpu dilepaskan. Tatkala Ratna sudah menyuapkan dua sudu suapan, Adi masih bungkam.
          
          Adi menongkat dagu. Dikerling sekilas Ratna di sebelahnya. Mungkinkah dia perlu meluahkan sahaja isi hatinya sekarang?
          
          "Rat, aku ..."
          
          https://www.wattpad.com/1405845729?utm_source=ios&utm_medium=postToProfile&utm_content=share_reading&wp_page=reading_part_end&wp_uname=MissHoney5&wp_originator=sqLu6PceC2h%2Bbvtt9acYH%2FbFegEPjAeL0jprBCHZA%2Be5KczWeObaXzGlb%2BKaWA1IztHlN6gxnf90y6cDrAVowFMGY4UNAws45Zy6JuK4ETXn%2BS9cVtNYyFNcm98xUxaO

misshoneyauthor

TEASER BAB 3
          
          "Bukan ... ini kawan sekolah rendah mama. Dia ada anak lelaki tau."
          
          Ratna menelan air liur. "Oh cukup. Sudah, mama. Mama jangan nak jodohkan Rat dengan anak-anak kawan mama lagi."
          
          "Eh, apa salahnya? Kenallah dulu. Mana tahu jodoh."
          
          "Mama ... Ratna tak nak. Dulu masa dengan Adi pun mama paksa-paksa Ratna. Semua kawan mama yang ada anak lelaki, semua mama nak kenalkan dengan Rat. Macam Ratna ni tak laku pula."
          
          "Bukan masalah kamu tu tak laku. Kamu tu yang terlampau memilih. Dengan Adi tak nak, itu tak nak, ini tak nak. Habis siapa yang kamu nak? Nak tunggu kamu kahwin dengan anak raja? Anak raja pun belum tentu nak kamu, Ratna oi ...."
          
          Ratna membawa langkah pergi dan menghenyakkan punggung di birai katil. Hajah Rosnani sudah mula membebel, silap-silap sehingga pagi esok pun belum tentu habis.
          https://www.wattpad.com/1405675577?utm_source=ios&utm_medium=postToProfile&utm_content=share_reading&wp_page=reading_part_end&wp_uname=MissHoney5&wp_originator=BEWkXFWJXHj8udOzkflfvNT3RGmMfF7s%2FyefW4uyWFCyggPJGm%2FQlEdCUW03o02g1r91%2FquUkHePCiC80R6zO7nSn70pCzzIesElZPMCJ228ZBwhnmCRJDXsR9ZCKaRX

misshoneyauthor

TEASER BAB 2 
          
          "Sampai hati you, Adi. Jadi betullah tekaan I yang hanya dia yang bertakhta dalam hati you selama ni. Kerana perempuan tu you sanggup ceraikan I! Dasar perampas!" Nurul mula melampiaskan buku amarahnya.
          
          "Ratna bukan perampas! Tapi kau yang rampas aku daripada dia! Kau lupa ke?"
          
          "Tapi I yang rawat luka di hati you dulu! You dah lupa apa yang Ratna buat pada you? You tak pernah berusaha untuk menghargai I, Adi!" Permata jernih menuruni pipi merah Nurul akibat ditampar tadi. "Tak apa, Adi. Kita tengoklah nanti siapa yang mampu bersabar dengan sikap panas baran you tu."
          
          Adi mengorak senyum sinis. "Pergi, Nurul. Kita jumpa di mahkamah nanti. Lagipun, memang ini yang you nak kan? Cerai."
          
          Hati Nurul yang sedia remuk, bertambah sakit apabila melihat senyuman sinis Adi. Selama ini hatinya serupa dipermain-mainkan. Dirinya seperti boneka dalam misi membalas dendam.
          https://www.wattpad.com/story/357819907

misshoneyauthor

TEASER BAB 1 
          
          "Kau nak cakap apa ni? Beritahulah."
          
          Adi diam beberapa detik. Keluhan halus meniti di mulutnya. "Jom keluar makan lepas habis waktu sekolah?"
          
          Ratna menjegilkan matanya. Dia sangat yakin bahawa Adi sekarang sedang mempunyai masalah. Dan seperti biasa, dirinya hanya akan dicari bila perlu.
          
          "Malas aku," balas Ratna senada.
          
          "Ratna, please. Aku betul-betul perlukan kau sekarang ni."
          
          Adi melelar tangan Ratna berlapikkan hujung kain baju kurung itu. Badan Ratna berpaling. Renungan tajam Ratna dan renungan redup Adi bersabung.
          
          Ratna segera menepis tangan kasar itu. Dia dapat membaca di sebalik renungan mata bundar itu.
          https://www.wattpad.com/story/357819907

misshoneyauthor

indraroom

https://www.wattpad.com/story/336896819
          
          Saudade adalah kerinduan yang menyedihkan akan sesuatu yang kemungkinan besar akan hilang selamanya. Ketika kita mengakui bahwa segalanya telah berubah dan bahwa kamu dan semua orang tidak akan pernah sama lagi.
          
          Diantara sepasang kekasih serumpun walau berbeza negara menjadi suami isteri setelah penantian yang begitu lama. Selesai berpindah ke Tanah Jawa, nyatanya di sana lebih baik berbanding di tanah airnya sendiri. Tanpa harta yang makmur atau kemewahan sebuah rumah. Mereka mencipta beberapa kenangan dan memori yang akan terkubur di ingatan. Ternyata, semua itu berakhir dalam bayangan kegelapan malam terakhir dan hanya meninggalkan sebuah kenangan yang tidak dapat diterima untuk dilupakan.

izwney01q