@_arysu Terima kasih awak sebab buat saya senyum sorang2, gelak macam orang tak betul bila baca review dari awak ni.
Happy tau dapat review honest macam ni. Terharu sangat2 bila ada yang menghargai karya saya lebih dari saya menghargainya sendiri. Tak expect sebenarnya akan ada pembaca macam awak sudi tulis review panjang2 macam ni. Satu effort yang perlu saya highlight kan! :3
Dan Tekoma tu sebenarnya nama pokok yang bunga dia warna pink. Saya letak tajuk Tekoma tu sebab setiap kali budak matrik habis semester, bunga-bunga tu akan luruh. Dia macam sign pada students bahawa dah tiba masanya kita tinggalkan matrik Penang ni. Kira macam simbolik la kepada cerita ni. Hehehe
Apa2 pun, saya harap cerita ni dapat memberi manfaat pada awak. Terima kasih banyak2 sudi baca, vote dan tinggalkan review. Lurve ❤️